Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Wikipedia/AMNY)

Jangan Padam Tapi ”Screenshot”, Peguam Kongsi Apa Anda Boleh Buat Dengan Komen Jelik Netizen Di Media Sosial

Pada hari ini, kita tidak lagi perlu menyentuh atau berhadapan dengan seseorang bagi menyakitinya.

Cukup berbekalkan sebuah telefon pintar dengan sambungan internet, kita sudah boleh melukakan hati atau mengganggu hidup seseorang.

Namun, sedar atau tidak, terlalu kuat ‘membawang’ sehingga mengeluarkan kata-kata tidak sopan atau menyakiti hati orang lain boleh membawa kita ke dalam penjara.

Tidak percaya? Jom ikuti penerangan lanjut mengenainya dari saudara Salkukhairi Abd Sukor yang juga merupakan seorang peguambela dan peguamcara ini.

POST DAN KOMEN DENGAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL ADALAH SATU KESALAHAN JENAYAH

Foto: FB Salkukhairi Abd Sukor

Saya nak ingatkan kepada semua yang membaca posting ini.

Sekiranya anda memuat naik sesuatu posting atau memberi sebarang komen di mana mana media sosial, yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menginaya, mengugut dan mengganggu orang lain, sama ada anda guna akaun yang benar atau akaun palsu, INGAT! !!

Ianya adalah SATU KESALAHAN di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dan jika sabit kesalahan anda boleh didenda tidak melebihi RM50K dan dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Maka sekiranya selepas ini kalau anda dapati mana-mana orang yang membuat posting tentang anda atau memberi sebarang komen di akaun media sosial milik anda, yang mempunyai elemen-elemen yang saya nyatakan di atas, jangan delete posting atau komen tersebut. Biarkan saja. Tetapi sila screeshot.

Kemudian terus buat laporan polis dan laporan kepada SKMM dengan segera. Biar orang tu merasa tidur lokap. Orang yang tak pandai jaga tangan (mulut) ni, dia perlu diajar.

Jangan biarkan perbuatan budaya fitnah memfitnah dan menjatuhkan maruah dan reputasi orang lain di media sosial ini subur dalam masyarakat kita.

Dan sesiapa yang nak post atau nak komen sesuatu tentang orang lain tu pikir banyak kali sebelum buat. Kalau berani buat beranilah tanggung akibatnya. Anda tidak kebal di sisi undang-undang!

Nak viralkan sesuatu biar viral benda yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat. Nak komen sesuatu, komenlah dengan bahasa yang baik-baik dan beradab. Faham?

Sila sebarkan..

#katakantidakkepdafitnahdancacimaki
#kalauberanibuatpadasayasiaplah

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dalam menulis atau mengirimkan sesuatu di platform-platform media sosial yang kita gunakan.

Sumber: FB Salkukhairi Abd Sukor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.