Siakap Keli
Kredit: Anep

“Kami Rapat Macam Keluarga” Netizen Kongsi Pengalaman Berlainan Bangsa Ini Boleh Buat Air Mata Bergenang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjelang beberapa hari mendekati Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini, krisis perpaduan semakin merisaukan. Banyak perselisihan antara kaum yang wujud tidak kira dari kalangan rakyat jelata, persatuan, wakil rakyat sehinggalah menteri sendiri.

Hal ini tidak akan terhenti selagi kita tidak mahu cuba memahami dan melihat dari perspektif kaum lain. Jika kita tanya kepada datuk nenek kita, pasti ramai yang merindui detik kemerdekaan yang disambut bersama-sama tidak kira kaum.

Isu perkauman ini sering diperkuda oleh individu, persatuan dan ahli politik yang berkepentingan untuk meraih sokongan melalui momokan yang tidak benar.

Mereka berlagak seperti hero bagi kaum masing-masing, namun hakikatnya pemusnah kedamaian dalam negara.

Bagi mengendurkan ketegangan, seorang pengguna Twitter, Hanif Jamals memulakan bebenang untuk orang ramai berkongsi detik manis pengalaman pelbagai etnik dan budaya di negara ini.

Ramai yang menyahut seruan #SayangMalaysia ini dengan pengalaman masing-masing bersama jiran, rakan hinggalah individu tidak dikenali berlainan bangsa. Jom kita hayati nikmat perpaduan dalam perkongsian di bawah.

Kasih sayang melangkaui segala

Satu sekolah, satu tempat kerja, satu keluarga

Sekolah merupakan saluran perpaduan yang amat penting. Pada usia muda ketika fitrah kanak-kanak suci dari kebencian, pendedahan kepelbagaian kaum dan budaya membuatkan mereka lebih memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Individu yang tiada atau kurang interaksi dengan kaum lain lah yang paling mudah dipengaruhi provokasi.

“Kita takut apa yang kita tidak tahu/kenal.”

Sama-sama sambut perayaan

‘Random kindness’

Kebaikan yang anda lakukan walaupun anda rasa kecil, boleh mengubah hidup orang lain tanpa anda sedari.

Jom, eratkan perpaduan di Hari Malaysia

Perpaduan merupakan usaha dua hala antara kaum, kerajaan dan rakyat.

Isu perkauman bukan antara Melayu vs Cina, Cina vs India atau lain-lain kaum, tetapi Melayu, Cina, India dan semua warga Malaysia menentang punca masalah perkauman, iaitu batu api yang ada dalam kaum masing-masing.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62!

Sumber: Hanif Jamals

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.