Siakap Keli

Kerap Batuk Berdarah, Tak Boleh Makan, Rupanya Tak Sedar Berbulan Tertelan Gigi Palsu Masa Pembedahan

Seorang pesakit berusia 72 tahun mengadu susah untuk menelan makanan dan sering batu darah.  Pesakit yang dirahsiakan identitinya itu cepat-cepat mendapatkan rawatan di Hospital University James Paget di Norfolk setelah mengalami sakit yang kerap.

Doktor yang merawat mencadangkan agar dia menjalani pembedahan akibat komplikasi dalam perut.

Enam  hari selepas pembedahan membuang benjolan dari dinding perut lelaki yang sama pada tahun 2018, dia sekali lagi kembali ke hospital kerana mendakwa tidak dapat menelan makanan dengan baik.

Pada mulanya, berdasarkan hasil dari sinar X- dada, para doktor menganggap lelaki itu mempunyai jangkitan pernafasan. Mereka tidak menemui masalah dengan tekaknya pada peperiksaan awal, dan mereka mengesyaki kesakitannya adalah kesan sampingan daripada tiub kerongkongnya semasa pembedahan.

BMJ Case Reports 2019

Tetapi dua hari kemudian, lelaki itu kembali ke hospital. Kesakitan tekaknya lebih buruk, dan dia masih batuk darah. Suaranya serak, dan dia memberitahu doktor bahawa tidak dapat menelan apa-apa ubat yang diberikan kepadanya.

Dia dimasukkan ke hospital, dan doktor mengesyaki dia mengalami jangkitan dada yang teruk . Tetapi, apabila mereka melakukan prosedur untuk melihat kotak kerongkongan dan suara, mereka ternampak satu objek separuh bulatan terletak di atas kord vokalnya dan telah menyebabkan bengkak serta melepuh.

Apabila doktor memberitahu lelaki itu apa yang mereka lihat, dia mengatakan bahawa gigi palsunya telah hilang semasa pembedahannya. Ini mendorong doktor untuk melakukan X-ray dan ternyata, dia mungkin tertelan gigi palsunya semasa pembedahan lalu.

Dia menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan gigi palsu dan dibebaskan dari hospital enam hari kemudian.

Tetapi itu bukanlah yang terakhir, dia kembali ke hospital sekali lagi setelah mendapati terdapat pendarahan pada tekak. Doktor yang merawat mendapati arteri koyak dekat kawasan di mana gigi palsu menyebabkan kerosakan tisu.
Dia memerlukan satu lagi pembedahan kecemasan, bersama dengan beberapa pemindahan darah. Enam minggu kemudian, lelaki tersebut kelihatan sembuh dan tidak perlu pulang ke hospital.

Sumber: Livescience

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Nur Farra