Siakap Keli

WhatsApp Web Akan Ada Fungsi Album Dan Pelekat Berkumpulan

Seperti yang diketahui, WhatsApp akan sentiasa menaik taraf platformnya dengan menambah ciri-ciri serta fungsi baharu.

Terkini, aplikasi ini sedang dalam perancangan untuk membawa beberapa ciri baharu ke platform webnya juga.

Menurut laporan, syarikat tersebut bercadang untul membuat album dan pelekat berkumpulan (stickers) ke dalam WhatsApp Web.

Tahun lepas, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi album ke Android dan aplikasi berasaskan iOS untuk menghantarkan semua gambar sekaligus dan sekarang aplikasi popular membawa ini telah ciri yang sama ke WhatsApp Web.

Selain daripada ciri album, WhatsApp juga merancang untuk membawa ciri pelekat berkumpulan ke platform webnya. Ini bererti setiap pengguna WhatsApp boleh menghantar dua pelekat dalam secara serentak.

Menurut info, ciri-ciri baharu ini akan tersedia dalam masa terdekat.

Sumber: India Today

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)