Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Reader's Digest/Huff Post)

7 Perkara Kita Selalu Buat Setiap Kali Lepas Makan, Tapi Sebenarnya Berisiko Untuk Kesihatan

Sedar tidak sedar, ada antara rutin harian kita boleh mendatangkan keburukan pada kesihatan tubuh badan jika terus dilakukan dalam jangka masa yang lama.

Oleh itu, ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan amat penting agar kita dapat mengelakkan mudarat kepada tubuh tanpa disedari.

Berikut merupakan tujuh rutin yang sering kebanyakan kita lakukan selepas makan yang boleh memudaratkan kesihatan.

1. Merokok

Bagi perokok tegar, menghisap sebatang dua rokok adalah ‘rukun’ selepas makan tidak kiralah ketika hari-hari biasa ataupun bulan puasa. Namun tahukah anda, merokok sejurus selepas makan boleh menyebabkan pedih ulu hati?

Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan jangkitan bakteria akibat iritasi atau ulser pada dinding usus di samping mengakibatkan penyakit hati.

Selain itu, merokok juga merupakan faktor risiko utama pelbagai kanser seperti kanser mulut, esofagus, perut, pankreas dan kanser usus, kanser utama penyebab kematian. (Sumber)

Gambar hiasan. (Kredit: Smithsonian Mag)

2. Minum teh selepas makan

Teh mengandungi sebatian fenol yang boleh mengganggu penyerapan zat besi. Meminum teh sejurus selepas makan boleh menyebabkan kekurangan zat besi dan katekin (bahan antioksida) di dalam badan.

Selain itu, teh juga mengandungi tanin yang mengganggu mekanisme penggunaan zat besi di dalam badan. Oleh itu, pakar nutrisi menyarankan agar anda menjarakkan minum teh sekurangnya satu jam selepas makan.

Walaubagaimanapun, hal ini berbeza jika anda meminum teh herba atau teh hijau. Hal ini kerana kedua-dua teh itu mengandungi sifat anti-radang dan enzim yang membantu pencernaan protein.

3. Makan buah

Buah merupakan sumber vitamin dan serat yang penting untuk kesihatan tubuh. Namun pengambilan buah-buahan sejurus selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman. Sebaiknya, ambil buah sebelum makan makanan berat ataupun 30 minit selepas makan.

4. Mandi

Proses penghadaman memerlukan tenaga dan pengaliran darah ke bahagian organ terlibat antaranya perut dan usus. Apabila anda mandi selepas makan, ia akan menyebabkan darah mengalir ke anggota-anggota tubuh yang lain kecuali perut seterusnya mengakibatkan ketidakhadaman.

Sebaiknya, mandi sebelum makan atau tunggu 30 hingga 45 minit selepas makan.

5. Berjalan-jalan

Sebelum ini kita sering mendengar sebaiknya kita perlu berjalan-jalan selepas makan bagi membantu penghadaman. Namun tahukah anda, berjalan sejurus setelah makan akan menyebabkan refluks asid, iaitu situasi di mana asid perut masuk ke saluran esofagus. Oleh itu, anda disarankan untuk tunggu

6. Berus gigi

Gambar hiasan. (Kredit: Friendly Dental Group)

Menurut Mayo Clinin, makanan berasid seperti buah-buahan sitrus boleh melemahkan enamel gigi. Memberus gigi sejurus setelah makan boleh menyebabkan enamel gigi terhakis. Oleh itu, kita disarankan untuk menunggu sekurangnya 30 minit selepas makan sebelum memberus gigi.

7. Longgarkan tali pinggang

Akhir sekali, anda diingatkan agar tidak melonggarkan tali pinggang ketika makan. Jika anda rasa perut terlalu sendat hingga perlu melonggarkan tali pinggang, hal ini menandakan bahawa anda telah makan terlampau banyak.

Sumber: University of Rochester Medical Center, Lifealth, DEMIC, Mayo Clinic, Cornerstone Dentistry

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.