Siakap Keli

Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Isteri Maut Jadi Mangsa Tembakan Rambang, Kereta Pula Dicuri Dan Dirosakkan

Mungkin ada di antara anda yang masih mengingati insiden tembakan yang berlaku di sebuah pasaraya Walmart di El Paso, Texas yang berlaku pada 4 Ogos lalu.

Serangan yang mengorbankan 22 orang itu nyata menarik perhatian dunia dan digambarkan sebagai sebagai salah satu hari yang paling buruk dalam sejarah Texas.

Lelaki ini memeluk hadirin yang sudi datang ke pengebumian isterinya

Seorang lelaki yang turut kehilangan isterinya dalam serangan tersebut bersiap-siap untuk majlis pengebumian terkejut tatkala melihat ribuan orang berjalan menuju ke gereja tempat upacara majlis.

Ini sungguh luar biasa, kata lelaki berkenaan yang terharu melihat orang ramai (bahkan yang tidak dia kenali) sudi hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada isterinya itu.

Namun tak sangka, setelah selesai upacara pengebumian itu, kereta milik isterinya (mangsa) itu dicuri. Lebih malang apabila, ketika kereta berkenaan ditemui, ia dalam keadaan rosak dan hancur.

Seorang pekerja trak penunda memuatnaik hantaran dalam Facebooknya dan mengkritik tindakan individu yang tergamak mencuri serta merosakkan kereta lelaki yang baru sahaja kehilangan isteri.

Ramai di antara netizen yang menawarkan untuk membelikan kereta baru namun pekerja trak penunda menyangkal dengan mengatakan:

“Dia bukan mahukan kereta baru sebab dia pun ada lagi sebuah kereta. Jika ada yang nak membantu, dia hanya harapkan bantuan untuk membaiki kereta rosak tersebut, yang dipenuhi dengan memori tentang isterinya.”

Sumber: Fox 10 Phoenix , BBC & Kvia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)