Siakap Keli

Netizen Persoal Motif Artis Luar Negara Guna Gambar Latar Didakwa Bentuk Masjid Dalam Persembahan

Malam tadi tular di laman twitter mengenai sebuah video kumpulan dari luar negara yang menggunakan masjid sebagai gambar latar dalam sebuah konsert dipercayai di luar negara.

Gambar: Twitter

Persembahan itu didakwa diadakan sempena festival muzik yang berlangsung di Amerika Syarikat. Namun rakaman itu mula tersebar dan menimbulkan tanda tanya netizen tentang motif sebenar tindakan berkenaan.

Salah seorang pengguna twitter ada memuatnaik ciapan berkaitan isu ini. Katanya:

“Saya betul-betul berharap orang ramai akan menjelaskan yang penggunaan masjid sebagai gambar latar dalam sebuah persembahan adalah tidak okay.”

“Mungkin kumpulan terbabit tidak mengetahui banyak tentang Islam tapi saya harap mereka serta syarikat akan menyedari tentang tindakan tidak wajar ini.”

“Ini tentunya bukan salah mereka tapi ianya adalah tentang isu ketidakpedulian (ignorance). Semua peminat Muslim berhak untuk marah kerana ia bukan kejadian kali pertama. Justeru kita perlu beri kesedaran kepada masyarakat supaya perkara ini tidak akan berulang.”

“Tidak salah untuk kita memberi pendedahan atau didikan kepada mereka. Saya bukan mahu memburukkan, jadi jangan libatkan isu perkauman dalam perkara ini.”

“Saya cuba berharap yang semua kumpulan dan syarikat akan menyedari tentang isu ini supaya mereka boleh belajar dari kesilapan.”

Disamping itu, ciapan berkenaan turut dipenuhi oleh reaksi serta  komen netizen yang rata-rata berkongsi mengenai pendapat mereka.

“Mereka hanya gunakannya sebagai gambar latar estetika (Gambar yang punyai nilai keindahan). Saya rasa masjid adalah seni bina yang cantik.”

“Masjid bukan simbol nilai estetika, ia adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan kita.”

“Kita semua tahu yang mereka tidak berniat untuk melakukan perkara ini. Tapi mereka perlu tahu bahawa menggunakan masjid untuk gambar latar adalah tidak wajar.”

 

“Mereka hanya naik ke sana (pentas) dan terus menyanyi, bahkan mungkin tidak menyedari apa yang ada di belakang mereka.”

“Kami tak kata itu salah mereka, kami cuma mahu mereka mengerti dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.”

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)