Siakap Keli
Gambar Hiasan

Suami Isteri Ditemui Maut, Didakwa Bunuh Diri Kerana Tiada Anak Lepas 9 Tahun Berkahwin

Bila sebut pasal anak, setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehidupan yang indah bersama anak-anak tersayang tetapi bagaimana pula untuk pasangan yang telah lama berkahwin tetapi masih tidak mempunyai cahaya mata?

Apa yang terjadi di negara India sangat menyayat hati apabila sepasang suami isteri ditemui maut di kediaman mereka. Polis percaya pasangan itu membunuh diri kerana tidak memiliki anak selepas 9 tahun berkahwin. Polis turut mendakwa sepucuk surat disertakan bersama-sama mayat mereka. Namun, kandungan surat itu tidak didedahkan kepada umum.

Kedua-dua mangsa berasal dari Tamil Nadu dan polis menemukan mayat mereka di kediaman yang berkunci selama dua hari dan jiran sekeliling melaporkan kepasa pihak polis kerana mendakwa ada sesuatu yang buruk berlaku kepada pasangan tersebut.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, melihat tubuh seorang wanita berada di atas katil manakala mayat lelaki berada di dalam bilik air. Mereka berdua dikatakan muntah sebelum meninggal dunia.

Menurut Pegawai Polis, nota ‘bunuh diri’ yang dijumpai bersama mereka menyebut bahawa tiada siapa yang bertanggungjawab atas kematian mereka berdua.

Pakar forensik akan melakukan siasatan serta mayat mereka dibawa untuk bedah siasat.

Menurut salah seorang rakan mangsa, mereka adalah pasangan yang romantik dan peramah. Ramai yang sukakan mereka.

Sumber: India Today

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)