Siakap Keli

Meriah, 1000 Perserta Hadir Ke EIMS 2019, Usahawan Didedahkan Rahsia Lebarkan Perniagaan Ke Seluruh Benua Asia

Program Exabytes Internet Marketing Summit 2019 (EIMS2019) telah berlangsung dengan lancarnya pada 8 Ogos yang lalu. Menerusi program berkenaan, sekumpulan besar bakal usahawan-usahawan berjaya telah didedahkan dengan pelbagai strategi pemasaran terutamanya bagi pemasaran digital.

Program yang berlangsung di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cyberjaya telah dihadiri sekurang-kurangnya 1000 peserta daripada pelbagai bidang perniagaan yang mana rata-ratanya berpuas hati dengan input yang mereka terima.

Mengikut rekod, 95% daripada keseluruhan peserta sangat berpuas hati dengan program ini berikutan dapat menimba input yang banyak terutamanya yang berkaitan pemasaran digital. Dengan menggunakan tema ‘Storytelling in the Digital World’, program ini telah mendedahkan kepada peserta bahawa kaedah penceritaan sangat penting di dalam setiap pemasaran. Mana tidaknya, penceritaan mengenai sesuatu produk yang ingin dijual dapat mempengaruhi pelanggan untuk membelinya tanpa rasa ragu-ragu.

Menurut CEO dan Pengasas Exabytes, terdapat pelbagai alat dan teknik yang perlu dipelajari untuk meningkatkan strategi pemasaran kita.

“Terdapat lebih banyak alat dan teknik yang perlu kita pelajari dan fikir agar dapat mengekalkan inovasi dan cemerlang dari segi pemasaran digital”.

Tambahnya lagi, pelanggan pada hari ini sangat memerlukan perkhidmatan yang baik dalam setiap urusan perniagaan. Oleh itu, pengurusan maklum balas dan penarafan daripada pelanggan adalah sama penting dalam bidang perniagaan.

Dalam usaha menyampaikan input yang bermakna dan berkesan kepada peserta, penganjur telah mengaturkan tiga peringkat pembelajaran yang dijalankan serentak pada acara itu. Tiga platform pembelajaran yang dimaksudkan ialah konfigurasi digital, bengkel 1 dan bengkel 2. Selain memperolehi pelbagai input, peserta juga telah diaturkan dengan lebih banyak kawasan rangkaian bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Peserta juga bertuah kerana pihak DotAsia telah berkongsikan pemikiran mereka mengenai penggunaan kreatif yang berkesan di dalam pelbagai domain termasuklah laman web .Asia dan domain terkenal yang lain. Input ini secara tidak langsung memberi faedah kepada peserta kerana mereka boleh memperkenalkan produk mereka di dalam rangkaian talian Asia. Tambahan lagi DotAsia merupakan alamat sesawang rasmi yang menghubungkan komuniti Asia Pasifik di seluruh dunia.

DotAsia juga telah didaftarkan pada lebih dari 150 buah negara setakat ini dan ianya sudah pasti memberi manfaat kepada bakal usahawan berjaya terutamanya yang menyertai program EIMS 2019 ini. Menerusi platform ini, usahawan dapat berhubung dengan pelbagai individu dan organisasi di dalam rantau Asia ini dan secara tidak langsung berpotensi untuk memperluaskan perniagaan mereka.

Secara keseluruhannya, program EIMS 2019 dilihat sebagai satu platform bermanfaat bagi setiap usahawan untuk mempertingkatkan strategi pemasaran mereka terutamanya dalam pemasaran digital. Program ini walau bagaimanapun tidak dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya dari penceramah yang mewakili bidang industri masing-masing.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook Exabytes Internet Marketing Summit – EIMS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa