Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malam tadi kita dikejutkan dengan perkhabaran bahawa syarikat Utusan didakwa bakal ditutup esok (Rabu). Namun buat masa ini, Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir masih belum menyatakan tarikh sebenar tentang perkara berkenaan.
Meskipun sebelum ini, banyak ura-ura yang mengaitkanya dengan krisis kewangan, ramai yang masih terkejut dengan ‘pengakhiran’ yang menimpa syarikat yang sudah berusia puluhan tahun itu.
Media sosial terutamanya Twitter malah dipenuhi dengan ciapan mengenai isu ini, bukan sahaja dari orang awam tetapi juga dari kalangan selebriti terkenal negara. Mereka menzahirkan sokongan dan kata-kata semangat buat seluruh warga syarikat terbabit.
Salah seorang daripadanya adalah Neelofa, nama yang semenangnya tersohor dalam industri hiburan tanah air. Beliau meluahkan rasa terkejut mengenai berita tersebut kerana menurutnya syarikat penerbitan dan pencetakan berkenaan banyak membantu kariernya dari dahulu.

Bukan itu sahaja, malah Neelofa juga membuka ruang untuk membalas jaga pihak Utusan di mana warga net boleh berkongsi mengenai jawatan kosong yang mungkin diperlukan oleh bekas pekerja syarikat itu.

Selain itu, Syafiq Kyle juga tidak ketinggalan memuatnaik ciapan di laman twitternya untuk berkongsi rasa duka dan mengajak orang ramai supaya membantu syarikat berkenaan.




Sumber: Neelofa, Syafiq Kyle & Twitter