Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Cut Cost Benda Lain Tak Pa, Bab Makan Jangan La,” Kurangkan Kos Majlis Kawin, Buang Benda Yang Tak Patut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila tiba musim majlis perkahwinan saja pasti bakal mempelai dan ahli keluarga sibuk memikirkan bajet untuk mengadakan majlis tersebut. Ye lah bukan hanya memikirkan tentang perjalanan majlis bahkan pelbagai lagi perkara yang perlu difikirkan terutamanya berkaitan makanan untuk dihidangkan kepada tetamu.

Ramai juga yang berfikir panggilan tetamu cukup dengan makanan yang ditempah. Sebenarnya tidak, kad panggilan kenduri mestilah lebih sedikit daripada makanan yang ditempah daripada katering.

Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian daripada pemilik akaun Twitter, Aiman Norha yang berpengalaman menjadi seorang pramusaji atau dikenali sebagai katerer di beberapa majlis perkahwinan yang mengalami beberapa masalah yang boleh dielak jika mengikut cara ini.

Jika tempahan makanan 1000 pax, dinasihatkan untuk tempah kad perkahwinan 400-500 sahaja.

Anda boleh kurangkan kos untuk perkara lain tetapi bukan makanan.

“For those yang nak buat kenduri kawin tu nak pesan sikit Buat 1000 pax kad buat 400-500 pcs je Cut cost benda lain takpa bab makan jangan lah Ni paling penting: Engko kira org datang pakai goodies ni mazhab mana engko pakai?? Bukan apa tadi aku kena.”

Untuk pengetahuan anda, orang katering akan beri makanan lebih untuk 120 pax macam tu.

Pengalaman bekerjanya, ada yang tempah makanan ikut panggilan kad. Bila belum habis majlis lagi dah habis makanan kerana tetamu yang hadir terlalu ramai sehinggakan tidak cukup kerusi dan meja.

Order makan 600 pax, macam biasa katerer bagi extra around 120 pax. Jadi jumlah 700pax la plusmore. Tapi yg datang tu aku bagi gambaran la dia bukak 7 khemah, dan sepanjang majlis tu dari 1130 sampai 230 penuh org sampai tak cukup kerusi meja la. “

Kekadang tu bila makanan tak cukup, mulalah jadi bualan orang ramai. Mungkin ada sesetengah tuan rumah yang tidak mengerti dan menganggap pihak katerer tidak sediakan lauk lebih sedikit daripada yang ditempah.

Kenduri kahwin ni simple je, buat ikut kemampuan, jemput ikut kemampuan.

“Come on lah, kenduri kawin ni simple je, buat ikut kemampuan, jemput ikut kemampuan. Yang beria khemah sampai 7 jemput 600pax tu dah kenapa. Takat 600pax tu 4 khemah pun memadai dah. Duit 3 khemah cancel tu buat tambah order pax makan kat katerer.”

Sebelum buat tempahan, pastikan berbincang dahulu dengan pihak katerer, mungkin mereka boleh cadangkan pendapat mereka tentang majlis yang akan dilangsungkan itu.

Ada juga beberapa soalan yang perlu ditanya oleh tuan rumah atau tuan majlis.

“Saya cadang nak buat 800 pax, berapa kad patut saya edar?”

“Ha gitu. Tak susah, tak rugi, tak luak pun akal fikiran serta emas dalam mulut tu. Benda macamni mudahkan semua pihak dari tuan rumah dan katerer. Insyallah takde masalah lauk tak cukup ke apa semua tu.”

Tetapi jangan salah anggap bahawa pihak katerer ini tidak mempunyai salah dan terlalu sempurna. Sebagai manusia kita sering melakukan kesilapan tetapi apa salahnya jika tuan rumah pun berlembut dan memaafkan.

“Untuk atasi masalah yang sering berlaku seperti makanan basi macamni yag nak buat kenduri kaji lah mana katerer atau wedding planner yang orang ramai mengesyorkan.”

Tetapi bila dapat pandangan daripada pihak katerer, janganlah tuan rumah memandai buat keputusan sendiri, akhir sekali salahkan katerer kerana makanan tidak cukup.

Sebelum melakukan apa-apa merancanglah terlebih dahulu kerana manusia akan mudah ingat kesalahan daripada kebaikan orang lain.

Sumber: Aiman Norha

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)