Siakap Keli

(Video) Hutan Amazon Alami Kebakaran Paling Dasyat, Asap Boleh Dilihat Hingga Ke Ruang Angkasa

Dikatakan bahawa lebih dari 21,000 batu persegi hutan telah musnah dijilat api di Siberia bulan ini. Insiden tersebut justeru menjadikan Rusia sebagai pemegang rekod terburuk untuk kebakaran hutan. Asap dari kebakaran ini menyelubungi sebahagian besar negara termasuk bandar utama seperti Novosibirsk serta telah melintasi Lautan Pasifik menuju ke Amerika Syarikat.

Pada hari isnin, kebakaran yang terjadi di Kepulauan Canary memaksa lebih daripada 8,000 orang melarikan diri. Malah, sepanjang hujung minggu lalu, Alaska serta Denmark pula alami kebakaran yang menyebabkan anggota bomba untuk datang ke Greenland bagi memadamkannya.

Jika tidak, pihak bomba bimbang bahawa api tersebut akan terus membakar sepanjang musim sejuk kerana seperti yang diketahui bahawa ais di sana makin mencair berikutan pemanasan global.

Namun kini, yang lebih membimbangkan adalah kebakaran yang berlaku di hutan hujan Amazon, hutan tropika terbesar di dunia. Sebelum ini, ia adalah kawasan yang tidak pernah terbakar sendiri (cuaca) tetapi kali ini ia berbeza sehingga menyebarkan api yang begitu kuat sehingga menghangatkan langit São Paulo, bandar terbesar Brazil.

Tanda palang #PrayforAmazonia juga sedang berlegar memenuhi ruang media sosial hingga mencecah 1.3 juta.

Malah asap dari kebakaran tersbeut boleh dilihat dari angkasa.

Gambar: NASA

Sumber: Vox , NY Post & Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)