Siakap Keli
Kredit: Twitter Apih Marang

“Tak Ramai Sanggup Buat Macam Ni” Mat Sabu Nak Jumpa Wira Kutip Bendera Jatuh Atas Jalan

Bendera bukan sekadar sepotong kain, tetapi panji yang menjadi lambang kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah negara.

Generasi terdahulu sanggup menumpahkan darah dan berputih tulang demi memperjuangkan kemerdekaan negara. Sebagai rakyat yang bersyukur dan bermaruah, kita semua bertanggungjawab untuk memelihara simbol kedaulatan ini dalam kehidupan harian kita.

Hanya orang yang bermaruah dan mempunyai jati diri sahaja yang mampu menjaga dan menghormati panji ini.

Baru-baru ini, tular gambar seorang tentera memberhentikan kenderaannya untuk mengutip bendera yang terjatuh di tepi jalan. Tindakannya itu mendapat pujian warga maya yang kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkannya kepada negara.

Tindakan pemuda itu turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad Sabu yang meminta orang ramai untuk memaklumkan padanya jika mengenali pemuda tersebut.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter berkongsi paparan skrin Intagram milik seorang individu didakwa tentera yang bertanggungjawab mengutip bendera yang jatuh tersebut.

“Bukan sahaja tentera, orang awam pun boleh lakukan perkara sama jika ada harga diri..”

“Bulan mulia ini, semua rakyat Malaysia menghargai kemerdekaan negara dicintai bukannya berperang mulut melalui media..”

“Kami memang dilatih untuk menghormati bendera. Jika kami menurunkan bendera, kami akan sangkut pada bahu dan elakkan ia menyentuh tanah.”

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.