Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) “Weii, Bestnya..,” Ibu Mertua Nyorok Belakang Pintu, Buat ‘Surprise’ Untuk Menantu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebelum menempuh alam perkahwinan, banyak perkara yang perlu difikirkan. Perkahwinan itu adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga, Bukan mudah, orang kata kalau berkahwin, kita kena kahwin dengan keluarganya sekali. Jadi, setiap pasangan harus benar-benar bersedia dari segi fizikal mahupun mental untuk menghadapinya.

Tidak dinafikan bahawa terkadang ada stigma negatif tentang sikap ibu mertua. Lebih-lebih lagi apabila kisah di kaca televisyen sering menayangkan mengenai ‘kebengisan’ mereka. Lalu, ramai yang beranggapan bahawa semua ibu mertua bersikap seperti itu hingga ada yang tidak mahu berkahwin kerana momokan tersebut.

Namun persepsi itu seolah diubah apabila satu video tular di media sosial malam tadi. Video yang dimuatnaik oleh Nasriq itu memaparkan ibunya yang membuat kejutan untuk kakak ipar dan si abang sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.

Keletah ibunya yang menyorok di sebalik tirai pintu benar-benar mencuit hati. Lebih membahagiakan apabila dikatakan bahawa segala persiapan untuk kejutan itu telah disediakan oleh ibu dan keluarga mertua.

Kakak ipar Nasriq yang terharu lantas memeluk ibu mertuannya itu. Alahai, seronoknya!

Menurut Nasriq, adik beradiknya ada lima orang dan semuanya lelaki.

Memang beruntung jika mempunyai hubungan yang baik dengan mak dan bapa mertua. Nasriq turut mendoakan moga ramai lagi di luar sana yang ada rezeki untuk mempunyai keluarga seperti ini.

Ciapan sweet itu dipenuhi dengan komen yang rata-rata memuji kebaikan ibu Nasriq yang begitu baik dengan menantu. Malah, ada yang berharap untuk dikurniakan ibu mertua yang baik.

Dapat mertua baik dan sayang kita pun rezeki jugak!

Mana nak dapat mertua baik macam mak kau ni?

Weh Bestnya dapat mertua macam ni, untung gila!

Dia pun mesti baik sebab tu dapat mak mertua baik

Untungnya dia!

Terharu tengok, harap dapat pengalaman macam ni suatu hari nanti

Sumber: Nasriq23

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)