Siakap Keli
Gambar: Twitter

Dakwa Anak Terlantar Di ICU, Ayah Sanggup Jadi Gelandangan Berulang Dari TBS Ke HKL Sampai Tak Makan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tak terbalas segala jasa serta pengorbanan dan betapa bertuahnya mereka yang masih mempunyai kedua ibu bapa. Hargailah, kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangan ‘kebahagian dunia dan akhirat’ ini.

Mungkin ada segelintir yang masih menanam persepsi bahawa bapa seolah-olah ‘entiti bengis’ yang tidak mampu menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak sama seperti seorang ibu. Tapi ketahuilah, marah seorang bapa itu bersebab, jauh di sudut hati, mereka juga ingin melihat si anak berjaya dalam kehidupan dunia dan ‘di sana’ nanti.

Ketika sedang berjalan di Terminal Bersepadu Selatan, Armyn Shah terlihat seorang lelaki tua yang sedang duduk di tepi pintu ruangan menunggu teksi. Tergerak harinya untuk bersembang dengan pakcik tersebut. Kisah yang didengari dari mulut lelaki separuh abad itu sangat meruntun hati.

Pakcik itu berasal jauh dari Kedah dan difahamkan bahawa selama hampir sebulan dia tiada tempat tinggal (homeless). Dia datang ke Kuala Lumpur untuk melawat anaknya yang kini berada di Unit Rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Ibu Negara. Anak pakcik itu sebenarnya seorang pelajar universiti yang kemalangan sewaktu menaiki motosikal.

Armyn lalu memuatnaik ciapan di laman twitter untuk berkongsi kisahnya itu. Tambahnya lagi bahawa pakcik itu tidak mempunyai wang, hanya bekerja menoreh getah di kampung dan telah kematian isteri.

Bila ditanya kenapa tak balik kedah, dia menyatakan bahawa dirinya risau akan keadaan anaknya sekira dia pulang ke kampung

Armyn juga meminta orang ramai yang kenal akan saudara atau kenalan pakcik itu supaya tampil membantu

Sehingga kini Armyn masih terfikir keadaan pakcik itu yang bertahan hidup tanpa wang dan hanya ada sedikit makanan

Kerana bimbang, Armyn ada bertanya dan jawapan pakcik itu masih sama “Allah kan Ada,”

Sumber: Armyn Shah 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)