Siakap Keli
Gambar Hiasan

Paru-Paru Gagal Berfungsi Selama 10 Hari, Doktor Dakwa Vape Antara Punca Utama

Seorang remaja berusia 17 tahun hidup bergantung pada mesin ventilator iaitu mesin yang menyokong fungsi paru-paru selama 10 hari kerana paru-paru gagal berfungsi didakwa ‘vape’ itu sebagai habit di mana ibu bapanya tidak mengetahui perkara tersebut.

“Saya fikir hari yang mereka intubasi anak saya adalah hari terburuk dalam hidup, pihak hospital lakukan X-ray dan dapat lihat paru-paru terlalu gelap”, kata ayah remaja tersebut.

Pada mulanya, Tryston Zohfeld bangun dari tidur dan kemudian muntah secara serius. Dia juga mengalami penurunan berat badan yang drastik tanpa sebab yang jelas, demam, dan keletihan.

Salah seorang doktor yang merawat remaja tersebut, Karen Schultz mengesahkan keadaan remaja tersebut disebabkan oleh irritasi dan kerosakan yang teruk dan boleh menjejaskan sistem paru-parunya.

Menurut Pegawai Kesihatan Persekutuan , penyiasatan berkaitan kes vape ini meningkat secara mendadak yang mengakibatkan paru-paru tidak berfungsi. Sekarang lebih dari 150 kes yang dialporkan pada awal minggu ini. Kebanyakkan pesakit remaja dan dewasa muda yang menggunakan ‘vape’.

Walaupun tiada rekod kematian, tetapi kebanyakan pesakit paru-paru yang serious berlarutan pada jangka yang panjang.

“Kami melihat lebih banyak remaja yang menggunakan yang menunjukkan bahawa tahap ketagihan mereka sangat tinggi,” kata pakar.

Menurut pakar, perkara yang paling penting ingin beritahu ibu bapa adalah vape tidak selamat. Kesan pada kesihatan seseorang sangat tinggi.

Doktor Tryston mengatakan bahawa paru-parunya memberi kesan yang berkekalan tetapi hidupnya dianggap sebagai keajaiban kerana boleh hidup secara normal selepas 10 hari diinkubasi.

Sumber: CBS News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)