Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: NBC News)

“Kalau Abang Mati Dulu, Nor Kahwinlah Lain”‘ Bunyi Macam ‘Lain’, Rupanya Ini Nasihat Berguna Nak Disampaikan Untuk Para Suami

Apalah gunanya hidup berpasangan jika tidak dipenuhi dengan nilai dan rasa kasih sayang. Sayangnya kita kepada seseorang bukan hanya diukur semasa kita hidup bersama, tetapi apa yang kita bekalkan kepada mereka sewaktu kita sudah tiada nanti.

Itulah agaknya yang cuba dikongsikan oleh pakar hartanah dan kewangan, En. Harith Faisal dalam satu kiriman menerusi akaun Facebook-nya baru-baru ini.

Foto: FB Harith Faisal

Hari tu saya ada sembang pasal ni dengan isteri saya.

“Nor, kalau abang mati dulu dan Nor rasa susah nak besarkan anak-anak, Nor kahwinlah lain. Abang dah tolong belikan rumah atas nama Nor, pampasan takaful pun cukup sangat.”

Air mata dia mula bergenang. Biasa memang macam tu bila saya mula sembang pasal mati-mati ni. Saya sambung lagi,

“Ada satu kereta yang akan setel hutang dengan bank lepas abang mati. Kereta lain, Nor jual je. Bulanan abang bayar lebih. Baki hutang, boleh cover market value kereta tu insyaAllah.”

Yang selebihnya rahsia. Takkan semua nak cerita kat sini. Ha!

Kawan, lepas kau sebagai ketua keluarga mati, isteri kau ada dua pilihan. Pilihan dia tu pula bergantung kepada apa yang kau dah sediakan dan tinggalkan untuk dia.

Pertama, hidup dia senang dan tak perlukan bantuan kewangan orang lain. Kedua, hidup dia susah dan masa tu dia perlukan suami baru dan ayah baru untuk anak-anak kau.

“Kalau kita dah sediakan semua tu, tapi dia tetap kahwin lain juga macam mana? Senanglah laki baru dia.”

Kawan, kalau dia kahwin lain juga, kau bangkitlah dari kubur dan cekiklah laki baru dia tu. Apa lah kau ni, masa tu kau dah mati, takkan jeles dengan isteri kau pula.

Macam ni, bila kita cintakan seseorang, kita tak kisah pun kalau apa yang dia buat tu bukan seperti yang kita nak. Asalkan dia bahagia, kita pun akan turut bahagia.

We just do our part. Selebihnya, biarlah dia yang decide. Kalau kita ni suami yang baik, tak perlu risau yang isteri kita akan kahwin lain dan joli dengan harta kita. Dia takkan buat.

Malah, dia akan lebih hargai kita, selalu doakan kita sejahtera di alam kubur, mewakafkan harta kita, banyak bersedekah atas nama kita, selalu ingatkan kebaikan kita kepada anak-anak.

Maka, dia pun takda masa nak fikir pasal kahwin lain. Inilah yang orang kata sebagai cinta hingga ke syurga. Harap-harap bini aku bacalah posting ni. Ha! – HF

#harithfaisal

Tak puas baca? Nak baca lebih lagi? Boleh join channel Telegram rasmi saya bersama 55K subscribers lain untuk dapatkan tip, panduan, motivasi dan info terkini pasal hartanah, kewangan dan rahsia penulisan viral. FREE je.

1. Install Telegram di telefon.
2. Klik https://telegram.me/HarithFaisal
3. Klik Join.

Sumber: FB Harith Faisal

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.