Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Awas Penduduk 12 Negeri Termasuk KL, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Petang Ini

Kuala Lumpur, 27 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di 12 negeri seluruh Malaysia kecuali Perlis dan Melaka sehingga jam 7 malam.

Kawasan yang terlibat di utara tanah air ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah); keseluruhan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.

Sementara itu, amaran dikeluarkan di pantai timur ke atas kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh (Kelantan), keseluruhan Terengganu; serta Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang).

Ribut petir dijangka turut melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang (Selangor), seluruh Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya; serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Selain itu, daerah di selatan tanah air turut dijangka mengalami ribut petir meliputi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Ribut petir turut diramalkan bakal melanda di Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Sarawak) serta pedalaman Sabah (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), pantai barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran), Kudat dan Labuan.

Semua penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berhati-hati.

Sumber: MetMalaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.