Siakap Keli
Gambar Hiasan

Angkara Dendam Lelaki Ini Tembak ‘Pembuli’ Semasa Majlis Reunion

Selepas 50 tahun bertemu semula, seorang lelaki warga emas bertindak untuk membalas dendam dengan menembak sehingga mati terhadap rakannya yang sering membulinya pada zaman sekolah dahulu.

Ketika mereka berusia 16 tahun, didakwa mangsa sering membuli suspek di sekolah.

Pada hari kejadian, mereka menghadiri sebuah majlis ‘reunion’ yang diadakan untuk pertemuan yang sudah lama terpisah akhirnya menjadi satu tragedi buruk.

Suspek mula bertindak menyerang mangsa selepas mangsa mengatakan dia tidak ingat apa-apa yang berlaku di antara mereka. Mangsa juga enggan memohon maaf dan minta untuk suspek lupakannya. Namun, kemarahan yang ada pada suspek sehinggakan mereka bergaduh.

Secara tiba-tiba, suspek yang berusia 69 tahun itu memacu pistol dan menembak ke arah mangsa iaitu bekas rakannya. Kemudiannya, dia melarikan diri meninggalkan majlis dan peserta yang lain bergesa untuk membawa mangsa ke hospital.

Malangnya mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Dakwa rakan suspek, suspek akan mengingati peristiwa dibuli sekiranya dia dalam keadaan mabuk dan mengeluarkan kata-kata yang sama seperti mangsa melakukan buli kepadanya.

“Saya tidak sangka dia akan melakukannya dan dia menembak rakannya sendiri,” kata rakan mereka.

Polis kini giat mencari suspek yang tinggal di negara jiran Thailand.

Sumber: Mirror.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)