Siakap Keli
Foto: Panasonic

Audio Tak Sedap Masa Tengok Movie Atau Dengar Lagu? Ini Lima Speaker Yang Korang Patut Cuba

Menonton filem dan mendengar muzik menjadi antara aktiviti pilihan untuk dilakukan pada waktu lapang hari ini. Ini kerana ia boleh dibuat tanpa memerlukan kita keluar dari rumah pun.

Aktiviti ini memang sesuai untuk mereka yang mahu berehat dan menghabiskan masa terluang. Malah, ia akan menjadi lebih seronok jika kita berhibur bersama orang tersayang seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.

Walaubagaimanapun, antara halangan untuk melaksanakannya ialah audio yang kurang memuaskan. Bayangkan jika seluruh keluarga berada di ruang tamu untuk menonton filem bersama, hampir pasti ia akan menjadi riuh rendah sehinggakan sukar untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pelakon.

Dengan pembesar suara(speaker) yang ditawarkan oleh Panasonic ini, korang dah tak perlu risau lagi. Menonton filem bersama rakan-rakan atau keluarga akan menjadi jauh lebih menyeronokkan. Menariknya, lima pembesar suara ini ditawarkan pada kelas harga yang tersendiri.

Jadi, korang boleh dapatkan sistem speaker berkualiti yang sesuai dengan bajet korang. Okaylah, jom kita tengok dulu apa keistimewaan setiap satu dari speaker berjenama Panasonic ini untuk bantu korang buat pilihan yang tepat.

Urban Audio SC-UA7GSX-K

Foto: Panasonic

Mari kita mulakan dengan speaker ‘kelas atasan’ terlebih dahulu. Dimulakan dengan speaker UA7 ini, ia boleh dikatakan sebagai speaker mempunyai reka bentuk yang moden dan bergaya.

Ia tampil dengan reka bentuk yang menarik, dicipta dalam bentuk yang tinggi berbanding lebar bagi membantu menjimatkan ruang yang ada dalam bilik ataupun rumah.

Foto: Panasonic

Sesuai dengan harganya iaitu RM1935*, speaker UA7 ini hadir dengan beberapa ciri yang lebih moden. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah sistem kawalan menggunakan butang sesentuhnya yang pantas. Ini secara tidak langsung membuatkan speaker ini kelihatan lebih canggih dan elegan.

Speaker ini mampu membawa parti ke satu tahap berbeza dengan bantuan Panasonic MAX Juke App. Korang boleh pindah dan simpan sehingga lebih kurang 1000 lagu dari telefon pintar korang ke speaker ini dengan mudah.

Ditambah pula lagi dengan sistem audio 180°, berhibur dengan muzik kegemaran bersama rakan-rakan pasti akan sangat menyeronokkan.

*Dapatkan dengan harga promosi RM1599 dengan kod “UA2019”

Urban Audio SC-UA90GSX-K: High Power Audio System

Foto: Panasonic

Sesuai dengan namanya, sistem speaker berkuasa tinggi ini sememangnya berada di kelasnya yang tersendiri. Mendengar muzik atau menonton filem pastinya lebih menyeronokkan dengan speaker UA90 ini.

Bagi membekalkan bunyi yang terbaik, sistem audio ini mempunyai 10 speaker secara keseluruhan iaitu dua unit super woofer berukuran 20-cm, empat woofer bersaiz 8-cm serta empat tweeter 6-cm. Gelombang bunyi disebarkan ke seluruh kawasan bilik dengan pemasangan woofer dan tweeter ini di tiga sisi berbeza.

Selain itu, pemasangan speaker secara membelakangi antara satu sama lain juga membolehkan noise-reduction dilaksanakan secara menyeluruh. Ini bermakna telinga kita hanya akan mendengar bunyian ‘asing’ dengan kadar yang sangat minimum.

Malah, speaker ini juga mempunyai sistem audio 180° bagi membolehkan gelombang bunyi memenuhi setiap inci ruangan bilik dengan sempurna seterusnya membolehkan anda menikmati muzik dengan kualiti yang terbaik.

Foto: Panasonic

Rekaannya yang menarik dengan sistem lampu LED pada bahagian tengah dan bawah selain kualiti audionya yang tinggi menjadikan setiap sen yang dikeluarkan untuk membeli speaker UA90 berharga RM2299* ini adalah sangat berbaloi.

Urban Audio SC-UA30GSXK

Foto: Panasonic

Sekarang kita beralih ke speaker yang diklasifikasikan sebagai ‘bajet’ pula. Tapi, suka saya ingatkan yang bajet tak semestinya bermaksud tidak berkualiti.

Kita mulakan dengan speaker UA30 ini terlebih dahulu. Sistem speaker bernilai RM899* ini sememangnya patut dimiliki oleh mereka yang sering berpindah-randah atau pun yang gemar sukakan hiburan di luar rumah.

Dengan saiznya yang kompak, ia lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Hadir dengan dua woofer 13-cm serta empat tweeter bersaiz 4-cm, speaker UA30 ini boleh disimpan dimuatkan di dalam bonet kereta untuk dibawa keluar ke mana-mana yang dikehendaki.

Foto: Panasonic

Dari segi audio pula, dua daripada empat tweeter speaker ini dipasangkan di sisi sebelah kiri dan kanan. Ia sekaligus membolehkan gelombang audio dipancarkan pada 180°.

Tidak cukup dengan itu, UA30 ini juga sesuai bagi korang yang suka berkaraoke. Fungsi menarik seperti Vocal Cancel, Key Control, Tempo Control, BGM Level Control dan Mic EQ turut akan memudahkan korang menyanyi. Oh ya, dengan adanya dua bicu mikrofon, korang bolehlah berduet bersama kawan-kawan.

*Dapatkan dengan harga promosi RM699 dengan kod “UA2019”

Urban Audio SC-UA3GSX-K

Foto: Panasonic

Lebih kurang sama dengan UA30, UA3 ini juga mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Atau sebenarnya, ia adalah lebih mudah dari UA30.

Ini kerana bukan sahaja saiznya yang lebih kecil, tetapi ia juga didatangkan dengan pemegang. Pegangnya seperti membawa briefcase, begitu mudah untuk membawanya ke mana korang suka.

Foto: Panasonic

Mainkan lagu dari apa jua sumber sama ada CD album, USB mahupun melalui Bluetooth dari apa sahaja peranti termasuklah telefon pintar milik korang menerusi speaker UA3 ini.

Speaker ini turut dilengkapi dengan teknologi Deep Bass yang memberikan bunyi bass yang lebih ‘berkuasa’ serta dinamik. Ditambah lagi dengan bantuan port aerodinamik, kualiti bass yang dimiliki oleh speaker berharga RM1119* ini tidak perlu dipersoalkan lagi.

*Dapatkan dengan harga promosi RM799 dengan kod “UA2019” 

Urban Audio SC-UX100GSXK

Foto: Panasonic

Boleh didapati dengan harga RM609, sistem speaker ini hadir woofer bersaiz 13-cm serta tweeter berukuran 5-cm yang dioptimumkan untuk sistem dua hala.

Bagi mereka yang mengutamakan kualiti audio semasa mendengar lagu, sistem speaker ini memang sesuai dengan korang. Ini kerana ia mempunyai Local Preset Equalizer tersendiri yang boleh memaksimakan kepuasan mendengar muzik dengan genre berbeza seperti Rock, Salsa dan sebagainya.

Foto: Panasonic

Korang turut boleh nikmati kolesi muzik kegemaran korang dengan DJ Jukebox melalui sambungan USB dengan mod Mix Play. Tambahan lagi, pengguna juga boleh menikmati koleksi playlist peribadi menerusi Panasonic MAX Juke App.

Bukan itu sahaja, menonton televisyen juga akan menjadi lebih seronok dengan adanya mod bola sepak atau Football Mode.

*Dapatkan dengan harga promosi RM499 dengan kod “UA2019”

Oh ya, kalau korang berminat untuk dapatkan sistem audio atau speaker ini, jangan tunggu lama sebab Panasonic Malaysia tengah adakan promosi sekarang ni. Dengan membeli melalui laman web rasmi mereka, korang berpeluang membeli dengan harga yang lebih murah.

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu pergi ke laman sesawang rasmi Panasonic Malaysia atau klik di link ni, masukkan speaker yang korang nak beli ke dalam troli belian, dan masukkan kod promosi “UA2019” dan klik checkout.

Foto: Panasonic

Promosi ini sedang berjalan dari 23 Ogos sampai 30 September ni sahaja dan berikut adalah harga promosi yang ditawarkan sepanjang tempoh itu.

Jadi, apa tunggu lagi? Bagi korang yang nak mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kesemua sistem speaker yang berada dalam senarai ini atau lebih banyak promosi, korang boleh layari laman sesawang rasmi Panasonic Malaysia – direct.panasonic.com.my ataupun pergi ke mana-mana pengedar Panasonic yang berada berhampiran.

Apa yang pasti, korang tidak akan menyesal dengan wang yang dibelanjakan untuk mendapatkan speaker ini kerana kualiti yang dimilikinya adalah sangat terbaik mengikut harga yang ditawarkan.

*harga adalah harga cadangan dari pengeluar. Harga jualan sebenar mungkin berbeza mengikut penjual

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi