Siakap Keli

Makan Jeruk Baik Untuk Kesihatan? Ini Kajian Yang Perlu ‘Hantu Jeruk’ Tahu

Bila sebut saja pasal jeruk pasti orang akan ingat kita mengandung atau mengidam bagi wanita. Sebenarnya tak, ramai saja orang yang meminati jeruk asam buah-buahan terutamanya jeruk mangga, betik, kelubi dan ada juga yang sukakan jeruk sayur seperti timun, cili dan bawang putih serta banyak lagi.

Tapi pernah tak anda terfikir tentang kesihatan jika makan jeruk ini. Adakah proses pemakanan seperti ini memudaratkan kesihatan atau sebaliknya? Ini adalah perkongsian mengenai gaya hidup seseorang yang suka makan jeruk ini.

Jeruk merupakan satu makanan yang diawet dan juga dianggap makanan kuno sejak dulu lagi. Penghasilan makanan jeruk ini sangat sinonim dengan sayur dan buah-buahan yang diambil sebagai salah satu pencuci mulut dan hidangan makanan.

Ada juga sesetangah orang yang menggangap makanan ini tidak sihat kerana cara proses dan penyediaannya yang terpaksa untuk perap bahan tersebut.

Tetapi, kajian telah berkata makanan seperti jeruk ini sangat bagus kerana jeruk ini merupakan makanan yang bebas lemak dan rendah kalori, malangnya ia juga rendah kandungan nutrien kecuali garam.

Untuk individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau masalah kardiovaskular mungkin anda disarankan untuk jauhi makanan seperti ini.

Satu kajian mengatakan bahawa makanan yang menjalani proses difermentasi atau penapaian seperti jeruk ini mengandungi probiotik yang menggalakkan kesihatan usus.

Selain itu, ini juga manfaat jeruk untuk membantu masalah kesihatan anda;

  • Mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan
  • Merawat kaviti dan gingivitis
  • Menguruskan diabetes
  • Mencegah atau merawat alahan
  • Mengurangkan jangkitan saluran kencing
  • Menurunkan risiko beberapa jenis kanser, seperti kanser kolon

Penyelidikan yang lain telah mengatakan bahawa probiotik dapat berfungsi untuk meningkatkan kesihatan kulit, fungsi imun badan, meningkatkan kesihatan gastrousus yang baik. Penyelidikan ke atas makanan ini masih dalam peringkat yang awal. Jadi belum ada kepastian jika kesan kesihatan probiotik ini bagi jangka masa panjang.

Manfaat jeruk untuk kesihatan

1. Memulihkan keseimbangan elektrolit iaitu apabila seseorang mengalami masalah dehidrasi, mereka juga berkemungkinan kehilangan elektrolit.  Secara teorinya, ini menunjukkan jus jeruk mungkin menjadi pilihan untuk memulihkan elektrolit kepada individu yang mengalami demam, muntah atau dehidrasi.

2. Merawat kekejangan otot. Satu penyelidikan lama yang dijalankan pada 2010 menunjukkan bahawa makanan yang melalui proses penapaian ini boleh membantu merawat masalah kekejangan otot.

3. Mengawal gula dalam darah. Penghasilan makanan ini yang menggunakan air garam berasaskan cuka dikatakan boleh membantu mengawal glukosa dalam darah. Tahap glukosa dalam darah yang stabil boleh membantu mengatasi dan mencegah rasa lapar yang keterlaluan.

4. Kehamilan. Semua orang tahu, bila wanita ketika sedang dalam tempoh kehamilan trimester pertama yang sering kali berdepan dengan masalah morning sickness. Walaupun pengambilannya dapat membantu mengatasi rasa loya dan mual, tetapi pastikan anda tidak menngambilnya secara berlebihan.

Atau mungkin anda boleh menggantikan keinginan untuk memakan makanan jeruk dengan buah-buahan yang mempunyai rasa masam seperti kiwi hijau, mangga muda (bukan jeruk), dan buah oren.

5. Memberikan antioksidan.

Sama seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan yang melalui proses penapaian ini turut mengandungi fungsi antioksidan. Kajian di makmal menunjukkan bahawa antioksidan dapat mengatasi kesan radikal bebas.

Radikal bebas adalah bahan kimia dalam badan yang boleh memainkan peranan dalam perkembangan pelbagai masalah kesihatan.

Kesan sampingan

1. Keasidan yang menyebabkan masalah individu yang mempunyai masalah gout

2. Tekanan darah tinggi yang lebih

3. Masalah pencernaan

4. Natrium yang tinggi akan mengakibatkan jantung dan risiko hipertasi.

5. Kekejangan ini menyebabkan ketidakseimbangan elektrilit dan memburukkan lagi masalah kekajangan.

Tetapi janganlah tinggikan kuantiti pengambilan jeruk ini, ia juga akan mengakibatkan masalah-masalah sampingan yang diberitahu di atas.

Sumber: Hello Doktor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)