Siakap Keli
FOTO: AFP

Ahli Arkeologi Temui Lebih 200 Rangka Kanak-Kanak Di Pantai Peru, Dakwa Dibunuh Dalam Upacara Ritual

Sebanyak 227 kerangka kanak-kanak yang dikorbankan pada masa yang sama telah ditemui di satu perkuburan terbesar di sekitar kawasan pantai utara Peru.

Ahli Arkeologi mempercayai bahawa mereka telah menemui tempat penguburan ritual yang mengorbankan kanak-kanak terbesar yang pernah dicatatkan. Satu kajian telah dilakukan, kanak-kanak yang dikorbankan adalah kepercayaan Chimu untuk ritual menghentikan bencana yang berkaitan fenomena El Nino.

Fenomena El Nino ini telah mencetuskan banjir yang terbesar ketika lautan Pasifik berada dalam suhu yang agak terancam sehinggakan berlaku banjir dan tanah runtuh fdi Peru dan negara lain.

Kesan daripada itu, ribuan rumah musnah dan hampir 162 terbunuh. Pakar juga sudah mula menjalani proses ekskavasi sejak tahun lalu.

Kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 14 tahun itu telah dibunuh sejak 1400 tahun lalu. Bagaimanapun, ada yang masih mempunyai kulit, rambut dan ada juga yang masih utuh alat penutup telingga perak.

Penemuan kerangka tersebut memiliki kesan hirisan pada dada dan didakwa para pemuja mengambil jantung kanak-kanak untuk acara ritual tersebut. Upacara yang agak mengerikan dan terbesar di dunia.

 

Sumber: The Sun UK

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang