Siakap Keli

Seorang Maut, Tiga Cedera Akibat Kebocoran Elektrik Dalam Kolam Renang Di China

Seorang kanak-kanak maut dan tiga yang lain mengalami kecederaan akibat kebocoran elektrik pada kolam renang Dongfang Zhixiu di Shandon, China pada Sabtu lalu (24 Ogos).

Kejadian ini memakaan 4 mangsa, iaitu seorang wanita usia 30 tahun dan tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia, 5 tahun, 6 tahun dan 11 tahun.

Keempat-empat mangsa dikejarkan ke sebuah hospital di Jining selepas pekerja di kolam renang itu melakukan pertolongan cemas terhadap mangsa.

Kemudian, pada Isnin lalu (26 Ogos) sekitar pukul 3 petang, keadaan mangsa wanita, 30 dan kanak-kanak yang berusia 6 tahun semakin bertambah baik, sementara kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun, berada dalam keadaan stabil. Namun, mangsa yang berusia 11 tahun itu dinyatakan meninggal dunia.

Bahagian pengurusan kolam segera menutup kawasan tersebut untuk orang awam bagi tujuan penyiasatan.

Seorang pekerja bahagian pengurusan kolam tersebut berkata bahawa kejadian itu telah ditangani dengan segera dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Dia menambah, “Kami perlu mengetahui punca dari kejadian ini sebelum memberi kesimpulan dan hukuman. Tidak ada saksi mata kecuali kanak-kanak. Pasukan penyelidik sedang mencari petunjuk berdasarkan kejadian sebelumnya.”

Pihak polis membuat pemeriksaan terhadap dua pegawai eksekutif kolam renang yang bernama Wang dan Zhao.

Terdahulu, sempat beredar di laman sosial China satu video yang menunjukkan kanak-kanak menggunakan pakaian renang dan seorang wanita terbaring di lantai ketika petugas kolam renang melakukan pertolongan cemas. Kedengaran suara dalam video tersebut berkata bahawa ‘terdapat kebocoran elektrik’.

Kejadian ini berlaku setelah tiga bulan lalu, di mana dua orang meninggal dunia dan 12 orang lagi cedera akibat jatuh dari papan luncur berketinggian 235 meter di Chengdu, Sichuan.

Kemudian pada bulan Mei, satu taufan telah menghancurkan permainan istana di Laiyuan, Hebei yang mengakibatkan dua kanak-kanak maut dan tujuh cedera.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.