Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

”Tumbuk Dada, Tarik Baju Dan Maki Hamun Mangsa” Penyanyi Ditahan Pukul Warga Asing

Kuala Lumpur : Seorang penyanyi ditahan selepas disyaki memukul seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak di Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 petang semalam, penyanyi berusia 21 tahun itu dipercayai menumbuk dada lelaki berusia 28 tahun yang sedang menyusun barang di kaunter stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata penyanyi terbabit tiba-tiba menumbuk dada pekerja itu, selain menarik baju dan memaki hamun mangsa dengan perkataan tidak senonoh.

”Polis tiba di tempat kejadian dan memperkenalkan diri serta meminta kad pengenalan suspek bersama seorang lagi individu yang berada dalam sebuah kereta,’‘ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, suspek enggan memberikan kerjasama dan dengan nada marah mempertikaikan tindakan polis memeriksa dirinya serta meminta kad pengenalan.

Noor Azmi berkata suspek ditahan reman empat hari sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen