Siakap Keli
Gambar: Biddle Air Systems

‘Aircond’ Depan Pintu Masuk ‘Shoppping Mall’ Pun Dipasang Bersebab, Baca Ni

Setiap kali mengunjungi pasaraya besar, pastinya anda akan memperlahankan langkah ketika melalui pintu masuk disebabkan terdapat tiupan angin di bahagian atas pintu. Malah, turut ada yang singgah di pintu berkenaan supaya dapat menyejukkan badan sebelum masuk ke ruangan pasaraya.

Walaupun anda kerap mengalami situasi berkenaan, namun pernahkah anda terfikir mengapa setiap pintu masuk bagi sesebuah bangunan seperti pusat membeli belah terdapat angin yang bertiup daripada atas. Mungkin anda memikirkan ianya untuk menyejukkan di ruangan pintu masuk, namun ianya mempunyai alasan yang lebih daripada itu.

Memisahkan suhu yang berbeza

Seperti yang anda tahu, suhu di dalam bangunan pusat membeli belah adalah dingin dan bertentangan dengan suhu di luar terutamanya sewaktu tengahari. Oleh itu, dengan adanya angin kuat pada bahagian pintu, ianya boleh menghalang suhu panas daripada masuk ke dalam ruangan bangunan itu. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk mengekalkan ruang udara dengan suhu sejuk tanpa ada campuran suhu panas.

Gambar: Scienceabc

Menjimatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan

Seperti yang dikatakan sebelum ini, angin yang bertiup pada pintu masuk sesuatu bangunan adalah untuk memisahkan dua suhu yang berbeza. Namun apa yang anda perlu tahu ialah sekiranya suhu panas memasuki ruangan suhu sejuk, pihak penyelenggara bangunan perlu meningkat tenaga pendingin hawa supaya ruangan bangunan itu kekal dalam keadaan suhu yang sejuk. Oleh itu, banyak tenaga elektrik akan digunakan sehingga meningkatkan kos penyelenggaran. Oleh itu, angin di pintu masuk bangunan berperanan mengekalkan suhu sejuk dan kos tenaga elektrik dapat dikurangkan.

Gambar: Scienceabc

Menghalang serangga memasuki ruangan bangunan

Selain mengekalkan suhu sejuk di dalam bangunan, ianya juga dapat menghalang serangga daripada memasuki ruangan bangunan sehingga boleh menganggu keselesaan pengunjung. Perkara ini kerana serangga tidak mampu melalui pintu yang mempunyai aliran angin yang kuat.

Gambar: handymanomahane.com

Mengelakkan pencemaran

Pihak penyelenggara bangunan juga mahu mengekalkan kualiti udara bersih di dalam bangunan mereka. Oleh itu, aliran angin yang bertiup di pintu masuk boleh menghalang segala pencemaran yang berlaku di luar bangunan seperti asap-asap dari kenderaan. Selain itu, debu dan kekotoran lain juga dapat dihalang daripada terus memasuki ruangan bangunan.

Sumber: airconditioning-systems.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra