Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Dhaka Tribune)

Kantoi Rogol Adik Ipar, Lelaki Beri Alasan Dirasuk Syaitan Ketika Lakukan Perkara Terkutuk

Seorang pemuda berusia 26 tahun telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol adik iparnya sendiri beberapa kali sejak beberapa bulan lalu.

Suspek dan isterinya yang baru sahaja berkahwin pada bulan April dan tinggal bersama dengan mangsa yang baru berumur 14 tahun.

Menurut keterangan isterinya, mereka berdua bersetuju untuk membawa mangsa tinggal bersama mereka kerana ibu bapanya sudah bercerai.

Malang baginya, suami yang baru sahaja dinikahi dan insan yang paling dipercayainya akhirnya telah menodai adiknya sendiri.

Aktiviti tidak bermoral itu dilakukan suspek terhadap mangsa ketika isterinya tidak berada di rumah atau sedang bekerja.

Akhirnya, kegiatan itu terbongkar apabila isterinya menangkap mereka berdua sedang mandi dalam keadaan berbogel dalam bilik mandi sebelum membuat laporan polis.

Ketika ditanya, mangsa mengaku takut untuk mendedahkan perbuatan abang iparnya itu kerana bimbang akan merosakkan rumah tangga suspek dan kakaknya.

Dalam pada itu, suspek memberitahu pihak mahkamah yang dia telah ‘dirasuk syaitan’ setiap kali melakukan perbuatan itu.

Tidak dapat dipastikan sejak bila ia berlaku, namun ia dipercayai sudah berlaku sebanyak tujuh kali sebelum tertangkap, menurut kenyataan suspek.

Sumber: Tribunnews

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.