Siakap Keli
Gambar: Youtube

Bukan Direka Saja-Saja, Ini Rupanya Fungsi Lubang Pada Penutup Pen Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda

Boleh dikatakan bagi kebanyakan orang akan menggunakan pen atas urusan tertentu seperti menulis nota ataupun membuat lakaran sesuatu. Golongan yang kerap menggunakan pen ialah pelajar dan juga golongan yang bekerja di pejabat khususnya. Walaupun penggunaannya boleh dikatakan pada setiap hari, namun masih ada beberapa perkara mengenai pen yang kita terlepas pandang.

Salah satu perkara yang dimaksudkan ialah lubang yang terdapat pada kebanyakan penutup pen. Tidak kiralah pen jenis apa pun yang digunakan, kebanyakannya mempunyai lubang pada penghujung penutupnya. Lubang yang terdapat pada penutup pen bukanlah semata-mata rekaan, namun ianya mempunyai alasan yang lebih besar daripada itu.

Gambar: familyhandman.com

Tanggapan kurang benar mengenai lubang pada penutup pen

Kebanyakan orang berfikir bahawa lubang pada penutup pen bertujuan untuk membuatkan dakwat pada pen tersebut kering dengan lebih cepat dan memaksa pengguna untuk membeli pen yang baru. Tanggapan tersebut ternyata bercanggah dengan tujuan utama lubang pada penutup pen dihasilkan.

Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa lubang pada penutup pen itu bertujuan bagi memudahkan proses untuk membukanya. Perkara ini berikutan tekanan udara yang terdapat di dalam penutup pen tersebut akan memudahkan pengguna untuk membukanya. Walaupun ianya juga dianggap sebagai alasan yang logik, namun lubang penutup pen itu direka mempunyai sebab yang lain.

Gambar: Youtube

Fungsi sebenar lubang pada penutup pen

Lubang penutup pen itu mempunyai peranan yang besar terhadap nyawa seseorang. Perkara ini berikutan sejarah terdahulu mendapati bahawa orang ramai gemar untuk mengigit dan memasukan penutup pen di dalam mulut mereka. Ianya biasa dilakukan terutamanya ketika seseorang berfikir.

Disebabkan tabiat buruk yang dilakukan oleh manusia, lubang pada penutup pen itu sebenarnya dapat memberi ruang udara sekiranya ianya tertelan. Oleh itu, ianya secara langsung dapat menyelamatkan nyawa seseorang akibat tercekik atau tertelan penutup pen.

Setiap perkara yang direka sudah pasti mempunyai sebab yang tertentu. Namun, tidak semua perkara dapat dirungkai oleh orang ramai seperti kewujudan lubang pada penutup pen. Ternyata, fungsi lubang pada penutup pen yang ada guna pada setiap hari dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Sumber: Scoop Whoop

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa