Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Di Muara Sungai Sepang

Sepang : Dua orang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus ketika mandi-manda di muara Sungai Sepang, di sini hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang Azrul Faizal Maarif, dalam kejadian pada kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, dan Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14, bersama-sama empat lagi rakan mereka sedang mandi di sungai itu sebelum kesemua mereka dihanyutkan arus.

“Empat orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala dua mangsa dipercayai lemas dibawa arus,” katanya kepada media.

Azrul Faizal berkata sebuah jentera dengan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.37 petang.

Katanya ketika ini gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan pihak bomba.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.