Pagi tadi kita dikejutkan dengan insiden duka yang menimpa seorang pegawai tentera Grup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya yang tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi.
Beliau disahkan meninggal pada pukul 9.20 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.
Terbaru, YDP Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir Armaya
Sumber: Bernama