Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
maryam al khawla
Kredit: Mohd Fikry Amri

“Allah SWT Lebih Sayangkan Dia,” Mejar Fikry Titip Pesan Terakhir Buat Maryam Al Khawla

Azizah Najib

“Allah SWT Lebih Sayangkan Dia,” Mejar Fikry Titip Pesan Terakhir Buat Maryam Al Khawla

Bayi kedua daripada kembar tiga, Maryam Al Khawla telah disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka, pagi tadi.

Berita duka tersebut disampaikan oleh bapa, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim menerusi satu muat naik di laman Facebook peribadinya.

"Dukcita dimaklumkan anak syurga saya, Maryam Al Khawla telah meninggal dunia pada 7.20 pagi di Hospital Melaka, pada 24 Januari 2026 (genap umurnya tiga bulan).

"Allah SWT lebih sayangkan dia," kongsi Mejar Fikry.

Tangkap layar ucapan terakhir isteri, Sabrina Hakiem Zaini turut dimuat naik.

"Alhamdulillah, anak mummy dah pergi dengan senyuman. Khawla dah tak rasa sakit lagi.

"Buat pertama kali mummy dapat sentuh Khawla tanpa sarung tangan," luah wanita itu.

Kongsinya lagi, detik itu merupakan kali pertama wanita berkenaan berpeluang memeluk si kecil selepas melahirkannya.

"Al Khawla dan Abang Al Fateh tunggu mummy dan daddy kat syurga ye.

"Terima kasih Allah pinjamkan Maryam Al Khawla tiga bulan pada mummy daddy," ucap wanita itu.

Maryam Al Khawla tenat akibat jangkitan kuman

Terdahulu, adik Maryam dikhabarkan berada dalam keadaan tenat dan semakin lemah akibat jangkitan kuman dalam darah.

Perkara berkenaan dikongsi oleh ibunya menerusi satu tangkap layar yang dimuat naik di laman Facebook.

"Bacaan kuning naik dua kali ganda berbanding semalam (Rabu). Mata dah kuning. Perut pun dah semakin membesar," kongsinya.

Dimaklumkan, adik Maryam sudah berada di hospital berkenaan lebih 90 hari berikutan menjalani rawatan kelahiran pramatang bersama dua lagi kembar yang lain.

Menurut Mejar Fikry, ketiga-tiga anak kembarnya itu berada di NICU/SCN.

“Terdapat risiko tinggi berlakunya komplikasi bayi pramatang dan memerlukan pemantauan rapi oleh doktor pakar yang merawat mereka.

“Kami merayu agar pihak Hospital Melaka melakukan prosedur yang sebaiknya dan elakkan sebarang kecuaian untuk memastikan mereka selamat," ujarnya.

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini pernah meruntun hati ramai apabila kehilangan bayi mereka, Muhammad Al Fateh Amri yang baru berusia lapan bulan akibat lemas di taska. Kehilangan tersebut terpaksa dihadapi selepas penantian cahaya mata buat penyeri hidup selama 13 tahun.