Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tiga Anak Masih Dirawat Di Hospital, Mejar Fikry Mohon Doa Orang Ramai
Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini memohon kepada orang ramai agar mendoakan kesihatan anak kembar mereka yang kini masih berada di dalam wad NICU di Hospital Melaka.
Menerusi kiriman di Facebook, Mejar Fikry berkata anak-anak mereka lahir dalam keadaan pramatang pada minggu ke-31.
“Terdapat risiko tinggi berlakunya komplikasi bayi pramatang dan memerlukan pemantauan rapi oleh doktor pakar yang merawat mereka.
“Kami merayu agar pihak Hospital Melaka melakukan prosedur yang sebaiknya dan elakkan sebarang kecuaian untuk memastikan mereka selamat.
“Triplet kini semuanya masuk NICU/SCN sehingga cukup minggu ke 35,” katanya.
Menurutnya, mereka juga pasrah dan reda dengan segala ujian, walau apa yang berlaku.
“Segala ketentuan dan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik buat kami. Semoga triplet semuanya kembali sihat dan selamat dengan izinNya. Doakan kami terus kuat,” ujarnya lagi.
Mejar Fikry dan Sabrina sebelum ini mencuri tumpuan kerana dikurniakan kembar tiga selepas setahun kehilangan bayi lelaki mereka, Muhammad Al Fateh Amri.
Al Fateh yang berusia lapan bulan maut akibat lemas di taska pada tahun lalu.
Sumber: Mohd Fikry Amri