Siakap Keli

Perjuangan Komando Malaysia Yang Menggegar Dunia, Ini Kisah Grup Gerak Khas Yang Ramai Tak Tahu

Langit negara diselubungi kedukaan  berikutan insiden yang menimpa anak kepada seniman veteren tanah air, A.R Badul.

Mejar Mohd Zahir Armaya yang merupakan seorang anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas dilaporkan tertembak semasa melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div).

Tragedi duka itu berakhir apabila beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi.

Gambar: Bernama

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui bahawa Grup Gerak Khas ini adalah pasukan khas di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia serta merupakan kumpulan komando elit  yang menjalankan operasi termasuk bertempur dalam peperangan dan menjalankan misi risikan.

Pasukan elit ini ditubuhkan ketika berlakunya konfrontasi yang melibatkan Persekutuan MalaysiaIndonesia pada tahun 1965. Dan disebabkan itulah, Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein (Menteri Pertahanan ketika itu) telah mengarahkan sejumlah sukarelawan dari pihak tentera darat untuk menyertai sebuah unit ujian.

Akhirnya pada 25 Februari 1965, bertempat di Kem Majidee, Johor Bahru, satu latihan asas komando telah diperkenalkan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando). 

Gambar: Konflik Militer

Anggota pasukan elit komando ini ‘diwajibkan’ mempunyai pelbagai kemahiran seperti letupan, penembak tepat, penyelam tempur, pertempuran jarak dekat (CQB) serta payung terjun.

Seluruh tenaga dan masa harus dikorbankan dan selalunya masa yang diambil dalam latihan untuk menjadi GGK adalah selama dua tahun.

Gambar: Military of Malaysia

Selama tempoh itu, mereka akan dilatih mengikuti kursus yang ditetapkan dan ketika itulah para jurulatih akan mengenalpasti setiap potensi anggota.

Anggota yang berjaya menamatkan kursus kemudiannya diserap masuk ke unit kecil seperti Rejimen 22 Komando, 11 Regimen Gerak Khas dan 21 Komando.

Datangmu Tidak Diundang, Jika Ragu Sila Pulang

Ayat yang terpampang di hadapan kem di Sungai Udang ini seolah-olah mencabar mereka yang benar-benar mempunyai jiwa untuk berkorban segalanya untuk negara.

Kejayaan mereka yang pernah menggegar dunia pastinya membanggakan kita sebagai warga tanah air berdaulat. Ini antara kejayaan besar pasukan yang mungkin masih ramai belum tahu.

[1] Menentang Insurgensi Komunis (1969)

Semuanya bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit bagi menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.

Justeru, United Kingdom Special Air Service Regiment telah melatih Komando 69 pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya.

Antara anggota Komando 69

Nama Komando 69 ini dipilih bersempena tahun 1969 ia ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.

[2] Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)

Mungkin tanpa pendedahan ini, masih ada yang tidak tahu tentang jasa tentera Malaysia yang berjuang demi menyelamatkan renjer dari Amerika Syarikat seramai 80 orang  yang terperangkap di Somalia. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ’19 Melayu Diraja Mekanize’.
Mungkin tiada yang tahu kerana tidak ‘terfilem’ namun merekalah menyaksikan dengan mata sendiri kumpulan militia Somalia yang menembak jatuh dua helicopter UH-60 Black Hawk.
Antara wajah wira negara yang berada di Somalia untuk misi menyelamat (Gambar : Infomasi Tempur)

[3] Krisis Perang Bosnia (1992 -1995)

Ketika ini Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia dianggap sebagai  pemimpin yang berjaya mengeluarkan kesengsaraan rakyat Bosnia daripada dibunuh puak Serb.

Anggota komando telah diarahkan menyusup masih menyamar sebagai sebahagian dari askar Bosnia yang berperang untuk memusnahkan kekuatan askar Serbia.

Malah Malaysia dipercayai merupakan satu-satunya negara Islam yang menghantar pasukan elit komando GGK dari 11 RGK (Rejimen Gerak Khas).

Gambar: Vat 69

Rujukan

[1] Hafiz Yusoff. 2019. Dipetik dari Kepakaran, pengetahuan taruhan si ‘Beret Hijau’ pada 4 September 2019

[2] Komando Malaysia. 2008. Dipetik dari Komando 69 Dan Unit Tindakan Khas (PDRM) pada 4 September 2019

[3] Wan Shawaluddin. 2000. Dipetik dari Malaysia Dan Krisis Bosnia pada 4 September 2019

Sumber: Malaysia GGK Commando Documentary – World’s Special Forces Documentary

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)