Siakap Keli

Belum Reda Isu Status Starbucks, Tealive Kena Tempias Didakwa Tak Halal, Pihak JAKIM Sekali Lagi Tampil Perjelas

Jika sebelum ini tular di media sosial mengenai maklumat-maklumat palsu berkaitan status halal Starbucks Malaysia, kini ia beralih pula kepada jenama minuman terkenal, Tealive.

Berikutan penularan mesej mengenai status Tealive yang didakwa tidak halal, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima pertanyaan bertubi-tubi daripada para pengguna yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hal ini melalui talian telefon, email termasuklah media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan lain-lain.

Gambar: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Disebabkan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat, pihak JAKIM melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka tampil memberi pengesahan mengenai status halal produk minuman Tealive.

Menurut pihak JAKIM, penularan mesej yang mendakwa produk Tealive tidak halal adalah tidak benar sama sekali. Sehingga kini, produk Tealive yang diusahakan oleh syarikat Loob Integrated Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Gambar: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Melalui kenyataan itu juga, pihak JAKIM menasihati agar masyarakat lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat yang tular khususnya yang berkaitan isu halal. Sekiranya terdapat kekeliruan mengenai status kebenaran bagi status halal, orang ramai perlu merujuk pihak berautoriti terlebih dahulu supaya tidak terjebak ke dalam kancah fitnah yang boleh menyebabkan salah faham dan menjejaskan keharmonian negara.

Gambar: Tealive Asia

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM / Tealive Asia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra