Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pembukusan Hampir Sama, Cara Nak Beza Produk Asli Dengan Tiruan Ubat-Ubatan Popular Dalam Pasaran

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan lambakan produk-produk kesihatan yang telah disahkan mengandungi bahan terlarang serta tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesan pengambilan produk kesihatan yang mengandungi bahan kimia yang tidak diluluskan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan pengguna yang memakainya.

Keindahan kata-kata yang disusun rapi oleh penjualnya membuatkan ramai daripada kita terpengaruh untuk membeli sesuatu produk itu tanpa usul periksa terhadap kandungannya terlebih dahulu. Sudahlah produk tersebut mengandungi bahan yang tidak diluluskan, bahkan ada beberapa produk ini telah ditiru oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Bukan sahaja produk-produk kesihatan sahaja yang banyak ditiru dijual di pasaran, ubat ubatan juga tidak terkecuali daripada ditiru. Malahan, ada ubat ubatan yang ditiru ini banyak digunakan dan mudah didapati. Dalam satu kajian yang dilakukan berkenaan dengan penjualan produk palsu ini, terdapat beberapa produk yang lazim digunakan oleh setiap daripada kita. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Public Health Malaysia seperti berikut:

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Bahagian Farmasi di sekitar Chow Kit, agak membimbangkan dimana 43% premis ada menjual produk palsu.

Produk palsu yang paling banyak adalah Vics VapoRub, Panadol Actifast, Panadol, Minyak Cap Kapal dan Minyak Mestika.

Apa yang mengejutkan adalah, sebahagian besar penjual tahu produk tersebut adalah produk palsu 🤦🏻‍♂️
.
✔️ Dapatkan ubat ubatan dari premis farmasi atau pengamal perubatan yang berdaftar
✔️ Semak No pendaftaran produk dan hologram untuk keselamatan.

Gambar: Public Health Malaysia
Gambar: Public Health Malaysia
Gambar: Public Health Malaysia
Gambar: Public Health Malaysia
Gambar: Public Health Malaysia

Sumber: Public Health Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.