Siakap Keli

“Setiap Malam Mama Sebut Nama Abang,” Wanita Mohon Ketemukan Abangnya Yang Hilang Sejak 30 Tahun Dulu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bak kata pepatah ‘air dicincang tidak akan putus’ sama juga dengan hubungan adik beradik walau apa pun buruk abang, kakak dan adik kita, mereka tetap darah daging yang sama di dunia ini.

Ada sesetengah adik beradik yang suka bergaduh tetapi baik semula, ada yang tidak pernah bergaduh dan ada juga yang pergi menghilangkan diri tetapi ada yang mencari semula untuk ketemu.

Kisah duka ini sangat terkesan dengan kehidupan harian kita semua di mana seorang pengguna akaun Twitter, Syuhada Azmy yang berusaha untuk mencari abang kandungnya yang meghilang sejak usia 18 tahun.

Walaupun sudah lebih 30 tahun abangnya menghilang, tetapi mereka sekeluarga tetap utuh menunggu kepulangan abang yang merupakan anak keempat dalam 13 orang adik beradik.

Kata Syuhada semasa kami menghubunginya, walaupun abangnya anak kepada isteri pertama arwah ayahnya, tetapi 13 orang adik beradiknya diasuh dan dijaga oleh isteri kedua yang merupakan ibu kandungnya.

Selepas aboh berkahwin dengan mama saya, mama lah yang menjaga 5 beradik termasuk abang yang dicari masa tu umur abang 7 tahun. Last dia ada bersama keluarga pada 1987 (18 tahun).

Ini merupakan rumah terakhir di mana abangnya meninggalkan jejaknyadi sini, Kemaman, Terengganu

Dia keluar rumah tanpa perselisihan faham antara keluarga. Cuma ada teguran kecil daripada aboh saya kerana perwatakan dia.

Tiada istilah pergaduhan dengan mama saya (ibu tiri) seperti yang diperkatakan. Abang lah paling rapat dengan mama saya.

Selepas itu, dia terus menghilang tanpa khabar berita. Masa arwah aboh dan mok kandung dia sakit pernah bagitahu utk berjumpa abang. Tapi tak sempat berjumpa sebab kami mencari kesemua tempat tetap tak jumpa.

Ni harapan terakhir kami 13 beradik untuk berjumpa dengan abang. Kerana mama saya kurang sihat. Dan berharap dapat penuhkan amanat dari arwah aboh dan mok kandung abang.

Mama saya sangat merindui dia. Hampir setiap malam menyebut nama abang.

Kami telah cuba mengesan beliau hampir 20 tahun tetapi gagal… Sehinggalah bapa kami dan ibu kandung beliau meninggal dunia tanpa sempat berjumpa Sebarang info boleh dm sy ataupun whatsapp 01129286268 – Syuhada

Untuk yang mengenali abangnya yang hilang ini bernama Azman Azmi dan panggilan keluarga adalah Meri serta panggilan daripada rakan-rakannya adalah Amy atau Azman. Mohon kerjasama untuk sama-sama kita mencari dan berdoa untuk ketemukan mereka sekeluarga.

Sumber: Syuhada Azmy

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)