Siakap Keli

Tular Rakaman Penyokong Harimau Malaya, Dakwa ‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Di Gelora Bung Karno

Bahang kehangatan perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia sememangnya sudah dirasai sejak dari minggu lalu.

Manakan tidak, semua penyokong skuad bola sepak kebangsaan sudah terlalu dahaga menantikan aksi  pembukaan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini.

Namun baru sahaja sebentar tadi, tular beberapa video di laman twitter yang memaparkan situasi di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK).

Jika selalunya kita disambut dnegan sorak teriak dan pelbagai bunyi muzik untuk memeriahkan suasana stadium, lain pula yang terjadi di sini.

Para penyokong Harimau Malaya mendakwa disambut dengan balingan objek ketika berjalan masuk ke dalam stadium.

Keadaan tersebut tentunya mencetuskan situasi hura-hara di kalangan penyokong dan menimbulkan pelbagai reaksi dan kritikan dari warga net.

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)