Siakap Keli
Kredit: Hanan Afiqa/Arabic Reading Course

(Video) Masing-Masing Tak Sabar Nak Cuba, Tular Video Pelajar Jepun ”Excited” Belajar Tulisan Jawi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Orang yang menghargai ilmu akan sentiasa bersemangat ketika mempelajari sesuatu perkara baru. Bahasa merupakan salah satu medium untuk kita memahami sesuatu ilmu kerana setiap budaya mempunyai keilmuan yang tersendiri.

Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan pengetahuan kerana ia mengandungi perkataan dan konteks bagi menterjemah semula sesuatu ilmu baru dengan tepat (Renzl, 2007).

Penterjemahan yang tepat akan menjadi titik tolak pemahaman dalam komunikasi antara dua pihak yang menjadi asas perkembangan ilmu serta perpaduan masyarakat.

Selasa lalu, seorang pengguna Twitter, Hanan Afiqa berkongsi videonya mengajar tulisan jawi kepada pelajar Jepun dalam program pertukaran budaya di Meijo Gakuin Highschool di Osaka, Jepun yang disertai pelajar jurusan Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dalam video itu, para pelajar tersebut menghafal huruf-huruf jawi secara berlagu dengan bimbingan fasilitator.

Video tersebut mendapat pelbagai respon dari netizen.

Sumber: Hanan Afiqa, Birgit Renzl

Amira

Love yourself.