Siakap Keli
Gambar Hiasan

Betul Ke Bayi Kuat Menangis Sebab Makhluk Halus, Ini Penjelasan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila kita sebut pasal makhluk halus sudah pasti sebagai manusia biasa kita tidak dapat melihatnya walaupun ia seakan-akan berlegar-legar di sekeliling kita. Mesti ada sesetengah ibu-ibu yang mendakwa anak kecil yang sering menangis pada tengah malam atau pada magrib gara-gara makhluk halus.

Sejauh mana dakwaan anak-anak kecil menangis itu adalah kerana gangguan makhluk halus? Ini penjelasan pakar yang buat anda terkesima.

Perkongsian daripada Dr Zubaidi di laman Facebooknya mengenai kenapa bayi kerap menangis pada waktu malam bukan disebabkan oleh makhluk halus.

Untuk pengetahuan anda, setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari.

Tambah Doktor Zubaidi, ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.

Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?

Jika bayi anda pernah melalui saat ini berkemungkinan ada sesuatu perkara seperti gangguan makhluk halus. Mungkin ahli keluarga akan memarahi kita kerana tidak memberi susu secukupnya kepada bayi, walhal mereka tidak lapar.

Selain itu, ia hanya disebabkan oleh masalah dinamakan “infantile colic”. Para doktor mengatakan ia disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usus yang terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.

Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan.

Anda tidak perlu risau lagi jika berusia tiga hingga empat bulan mereka tidak lagi mengalami masalah ini.

Ketika bayi menangis, tangan bayi tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat. Ia juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.

Namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bayi yang mengalami masalah colic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik.

Jika jika tangisan kuat ini berserta dengan demam, sukar bernafas, sawan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah, ia bukanlah masalah yang biasa.

Jika ada masalah seperti ini, doktor ini mencadangkan agar urut lembut anak pada abdomen, belakang dan anggota tangan dan kakinya menggunakan minyak kelapa dara.

Bawa untuk pemeriksaan doktor jika keadaan ini berulang bagi membezakan keadaan ini dengan keadaan yang lebih berbahaya.

Sumber: Dr Zubaidi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang