Siakap Keli
Gambar: FC Barcelona

Lagenda Barcelona, Leo Messi Dibenar Untuk Tinggalkan Kelab Pada Bila-Bila Masa

Menurut satu sumber di Barcelona, Lionel Messi boleh meninggalkan pasukan Barcelona pada setiap penghujung musim jika beliau mahukan.

Dengan kontrak Lionel Messi yang akan berakhir pada tahun 2021, terdapat suatu perjanjian yang membenarkannya untuk memilih sama ada mahu meneruskan atau meninggalkan kelab gergasi Sepanyol tersebut pada setiap penghujung musim mengikut kehendaknya. Keputusan itu boleh dibuat semata-mata atas hasratnya dan perasaannya pada akhir musim ini selepas mencapai usia 32 tahun.

Kapten kelab itu tidak mahu menjadi hamba kepada apa-apa pembaharuan – dia telah memperbaharui kontraknya bersama Barca sebanyak lapan kali. Kali terakhir pembaharuannya adalah pada 2017 – selepas menandatangani kontrak pertamanya dengan kelab itu pada tahun 2005.

Sumber tersebut memaklumkan bahawa: “Kami terima syaratnya iaitu boleh meninggalkan kelab bila-bila sahaja yang dia suka, di setiap penghujung musim, dan itu jugalah perjanjian yang telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak.”

Kelab Barcelona menolak sangkaan bahawa perjanjian yang di buat di antara kelab tersebut dengan Messi adalah sesuatu yang unik. Ini kerana, menurutnya ada beberapa pemain lain yang turut diberikan perjanjian yang sama dibuat seperti Messi antaranya ialah, Andres Iniesta, Carles Puyol dan Xavi. Perjanjian tersebut dibuat atas dasar kepercayaan yang terjalin di antara Barcelona dan Messi dan kelab tersebut tidak pernah menghalangnya daripada berunding dengan kelab lain.

Menurut sumber itu lagi, “dengan gaji yang diperolehinya, sukar untuknya pergi meninggalkan kelab itu. Dengan faktor umur yang sudah lanjut pula, ianya adalah suatu keputusan yang sukar bagi kelab lain untuk menandatanganinya.

Sumber: as

 

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.