Siakap Keli
KUALA LUMPUR, 30 Ogos -- Skuad Bola Sepak Harimau Malaya bersama para penyokong menyanyikan lagu Negaraku sempena perlawanan persahabatan menentang pasukan Bola Sepak Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Malaysia tewas 0-1 ketika menentang Jordan. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiket Perlawanan Pusingan Kedua Menentang UAE Mula Dijual Secara ”Online” Hari Ini

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa tiket untuk perlawanan kedua kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan UAE yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada selasa, 10 September 2019 telah mula dijual secara online bermula hari ini.

Penjualan tiket secara online boleh dibeli di dalam sesawang www.tickethotline.com.my dengan harga RM30 (Terbuka) dan RM50 (Grandstand) sehingga pukul 11.59 malam pada isnin bersamaan dengan 9 September 2019.

Penjualan tiket secara fizikal yang boleh didapati di kaunter tiket Stadium Nasional pula akan dijual pada hari perlawanan bermula jam 2.00 petang dengan harga RM40 (Terbuka) dan RM60 (Grandstand).

Selaras dengan usaha FAM untuk menuju ke arah pelaksanaan jualan tiket secara online seratus peratus, para penyokong Harimau Malaya digalakkan untuk mendapatkan tiket secara online kerana jualan tiket secara online lebih murah berbanding dengan jualan di kaunter stadium.

Bagi tiket untuk kanak-kanak pula, FAM telah menetapkan sebanyak RM7 untuk satu tiket tidak kira sama ada ianya dibeli secara online mahupun di kaunter tiket pada hari perlawanan.

Justeru daripada itu, FAM berharap agar opsyen pembelian kali ini dapat memudahkan penyokong Harimau Malaya untuk hadir ke stadium beramai-ramai bagi memberi sokongan yang padu kepada skuad bola sepak negara.

Sumber: FAM

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.