Siakap Keli

Majoriti Rakyat Malaysia Lebih Gemar Guna Google Maps Berbanding Waze – Kaji Selidik

 

Peranti mana yang akan anda gunakan untuk tujuan navigasi? Waze atau Google Map?

Menerusi satu kaji selidik yang dibuat oleh portal teknologi tempatan, Wiser.my, ternyata Google Map memenangi hati rakyat Malaysia apabila menerima 65% undian dari lebih 17,000 undian selepas kaji selidik itu dijalankan kira-kira sejam lalu.

Kaji selidik itu masih berjalan sehingga kini.

Menerusi ruangan komen di Siakap Keli dan juga Wiser.my, rata-rata pengguna memberikan komen terhadap Waze yang dikatakan memberikan jalan pintas yang ‘tidak efisyen’. Namun begitu, ada juga yang berkata bahawa mereka malas untuk memuat aplikasi baru memandangkan Google Maps sudah tersedia di dalam telefon mereka.

Mungkin umum sudah mengetahui, Waze merupakan aplikasi navigasi yang telah dibeli oleh Google pada nilai $966 juta pada June 2013.

Perbezaan ketara antara dua aplikasi tersebut adalah Waze memaparkan maklumat-maklumat tambahan seperti kemalangan, operasi pihak berkuasa dan lain-lain dengan mengambil data dari input pengguna.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....