Siakap Keli
Gambar: Corinne Evans Physiotheraphy

Selalu Sangat Sakit Pinggang Masa ‘Drive’, Amalkan Tiga Posisi Penting Ini

Keselesaan ketika memandu kenderaan seperti kereta, bas dan lori merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan oleh semua pemandu. Pemanduan yang selesa sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya. Selain itu, keselesaan ketika memandu juga tidak akan memberikan kesan buruk terhadap badan anda.

Perkara ini kerana rata-rata pemandu mempunyai masalah sakit pinggang ataupun sakit belakang ekoran memandu dalam tempoh yang lama. Kedudukan pemandu yang tidak betul juga boleh menyebabkan peredaran darah terhalang sehingga menyebabkan badan berasa sengal. Namun begitu, anda sebenarnya boleh mengelakkan daripada perkara itu dengan beberapa posisi pemanduan yang selesa dan betul.

Kedudukan pemandu

Ketika memulakan pemanduan, pemandu terlebih dahulu perlu berada pada kedudukan yang betul di atas kerusi dan menyelaras penyandar pada aras yang betul. Bagi mendapat kedudukan yang selesa, anda perlu memastikan bahawa kedudukan punggung anda berada di belakang iaitu dilekatkan di bahagian penyandar.

Selain itu, anda juga perlu menyelaraskan penyandar pada sudut kira-kira 100 darjah supaya dapat mengurangkan tekanan pada bahagian bawah belakang. Tambahan lagi, pastikan anda mendapat jarak sesuai bagi kaki anda untuk menekan pedal dan juga jarak yang sesuai untuk anda memegang stereng dengan selesa.

Gambar: Landmark Dental Care

Kedudukan tangan

Walaupun kebanyakan pemandu yang sudah cekap tidak hirau dengan cara memegang stereng dengan betul, namun ianya juga sangat penting supaya dapat memaksimumkan kawalan kenderaan anda. Kedudukan tangan yang betul ketika memandu ialah pada sisi stereng di sebelah kiri dan kanan. Sekiranya anda membayangkan stereng anda seperti jam, kedudukan stereng yang dimaksudkan adalah pada angka 3 dan 9.

Selain itu, anda sangat disarankan untuk memandu dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bukan sahaja boleh mendapat kawalan yang penuh, namun ianya juga boleh mengelakkan pemandu daripada berasa sakit pada bahagian tulang belakang. Perkara ini adalah disebabkan perbuatan memandu dengan menggunakan satu tangan boleh menjejaskan kedudukan tulang belakang sehingga menyebabkan sakit belakang.

Gambar: Driving Test.org

Kedudukan kaki

Kedudukan kaki juga sangat penting ketika anda memandu. Bagi mendapat keselesaan ketika memandu, anda perlu memastikan kaki anda tidak terlalu bengkok dan terlalu lurus. Oleh itu, pada peringkat awal sebelum pemanduan, anda perlu melaraskan kerusi anda supaya kaki anda tidak berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Gambar: Shutterstock

Pemanduan dalam tempoh yang lama dan jarak yang jauh sebenarnya akan mendatangkan keletihan dan sakit-sakit badan kepada kita. Disebabkan itu, pastikan anda berada pada kedudukaan yang betul dengan cari memastikan posisi badan, tangan dan kaki berada pada kedudukan yang betul.

Sumber: Kompas.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra