Siakap Keli

Raja Arab Saudi Perintahkan Yuran Ulangan Umrah Dimansuh, Struktur Semula Visa Lawatan Haji Dan Umrah

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Mohammad Salih Bentin mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota. Mohammed bin Salman memerintahkan untuk menstruktur semula visa lawatan Haji dan Umrah serta pembatalan yuran ualangan Umrah.

Bentin berkata, perintah tersebut adalah salah satu daripada ketulusan kepimpinan bagi memudahkan ketibaan umat Islam dari serata dunia bagi menunaikan ibadah Haji dan Umrah.

Beliau turut menambah, perintah ini juga menunjukkan kesediaan kerajaan Arab Saudi untuk menerima penambahan jumlah jemaah Haji berhubung projek infrastruktur terbesar dan penambahbaikkan servis di Mekah, Madinah dan semua tempat-tempat suci.

Menurut Bentin lagi, sokongan usaha ini bagi mencapai salah satu objektif terpenting negara itu dalam menuju Wawasan 2030. Dimana Arab Saudi merancang bakal menerima 30 juta jemaah Umrah dan menyediakan servis terbaik supaya semua jemaah dapat menunaikan ibadah dengan selesa dan tenang.

Sumber: Arab News

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)