Siakap Keli

(Video) Kuatnya Naluri Seorang Wanita, Pembantu Rumah Sempat Selamatkan Bayi Sebelum Siling Rumah Roboh

Dua hari ini tular di media sosial mengenai satu rakaman CCTV yang memaparkan kejadian ‘ajaib’ di mana seoarang wanita dipercayai pembantu rumah telah berjaya menyelamatkan anak majikannya dari ditimpa runtuhan siling rumah.

Gambar: The Sun co.uk

Pada permulaan video, kelihatan seperti tiada apa yang terjadi sehinggalah beberapa saat kemudian wanita berbaju putih berlari ke arah bayi berkenaan lantas mendakap dan membawanya keluar dari bilik.

Tepat setelah itu, bumbung rumah terbabit runtuh dan lebih menakutkan ia benar-benar jatuh di atas katil bayi tersebut, cuba bayangkan kalau pembantu rumah itu terlewat sesaat, apalah yang akan terjadi kepada si kecil tadi?

Bagaimanapun, menerusi laporan dari The Sun (UK), insiden berkenaan dirakam sekitar bulan Mac lalu dan mula tular kembali beberapa hari ini.

Ramai yang perkara ketika waktu itu, beberapa negara seperti Indonesia atau Filipina sedang dilanda gempa bumi. Oleh itu, kejadian itu didakwa benar-benar terjadi ketika bencana tersebut dan bukannya lakonan.

Pembantu rumah itu dipuji sebagai Hero kerana mempunyai naluri yang kuat dan bertindak cepat menyelamatkan bayi itu dari maut.

Video yang dimuatnaik semula di laman twitter 999 itu dipenuhi dengan komen dan reaksi dari netizen yang rata-rata takjub dengan kehebatan naluri wanita berkenaan.

Ya Allah, Besarnya kuasa Allah gerakkan hati bibik tu

Power betul kuasa bibik tu

Belum sampai ajal bayi tu Lagi

Wanita tu mungkin dah dapat agak syiling tu nak jatuh

Ada di antara warga net yang pernah mengalami kejadian yang sama

Sumber: Twitter & The Sun co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.