Siakap Keli

(Video)Taufan Faxai Badai Tokyo, Kanagawa Hampir 900,000 Penempatan Terputus Bekalan Elektrik

Angin kencang dan hujan lebat disebabkan oleh taufan Faxai merupakan salah satu kejadian besar yang membadai ibu negara Jepun dalam masa sedekad. Taufan Faxai ini juga menyebabkan angin kencang selaju 216 kilometer sejam yang melanda Chiba timur ibu negara sejurus mengegarkan Teluk Tokyo.

Lebih daripada 900,000 penempatan terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk keselamatan. Selain itu, lebih 100 penerbangan telah dibatalkan dan perhidmatan komuter terpaksa dihentikan untuk meneruskan perjalanan seterusnya.

Sebuah video telah memaparkan kejadian ribut taufan Faxai yang menunjukkan angin kuat yang berlaku di ibu negara Jepun.

Difahamkan, seluruh bandar Kanagawa telah terputus bekalan elektrik dan pihak berkuasa mngeluarkan satu amaran terhadap penduduk untuk keluar.

“Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini,” kata seorang pegawai kepada pemberita.

Badai yang datang saat Jepun menjadi tuan rumah untuk Rugby World Cup yang dijangka akan menarik perhatian lebih 400,000 pelawat dari luar negara. Beberapa negera seperti Australia yang terpaksa menangguhkan perjalanannya untuk ke Jepun.

Menurut petikan daripada berita, Taufan Faxai ini sedang bergerak ke arah pasifik tetapi masih ada berisiko untuk banjir dan tanah runtuh.

Bagaimanapun, belum ada mangsa terkorban dilaporkan.

Sumber: BBC NEWS

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)