Siakap Keli

Bacaan IPU Catat Angka Tidak Sihat Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Dua Buah Negeri Lain

Kita semua tahu, sejak kebelakangan ini masalah jerebu yang serius berlaku di negeri Sarawak. Menurut petikan berita Bernama semalam, jika bacaan indek pencemaran udara memcecah 300, pihak Lembaga Peperiksaan akan menangguhkan peperiksaan kepada tarikh yang sesuai untuk keselamatan para pelajar.

Masalah jerebu di Semenanjung dikhuatiri semakin serius hari ini, apabila 11 lokasi di beberapa negeri mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), pagi ini.

Setakat jam 7 pagi tadi, dua lokasi di Kuala Lumpur mencatatkan paras IPU tidak sihat dengan Batu Muda di paras 138, Cheras (130) manakala Putrajaya mencatat IPU di paras 126.

Sementara itu di Selangor, Johan Setia mencatat paras IPU di tahap 158, Petaling Jaya (127), Shah Alam (121), Klang (117) & IPU di Banting di paras 123. Bacaan IPU juga semakin meningkat di 2 lokasi di N. Sembilan iaitu Nilai dengan IPU di paras 130 dan Seremban di paras 110.

Di Tangkak, Johor, IPU yang dicatatkan adalah di paras 109, dan IPU di Rompin, Pahang mencatat peningkatan mendadak pagi ini kepada 197 daripada 98 pada jam 9 malam tadi.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen