Siakap Keli

Sharnaaz Tak Setuju Bercerai, Nabila Dakwa Nafkah RM500 Sebulan Tak Cukup

Umum mungkin sudah sedia maklum mengenai pergolakkan rumahtangga yang dihadapi oleh pelakon popular Sharnaaz Ahmad (34) dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor (35).

Diakui bahawa sememangnya ada ura-ura yang menyatakan bahawa pasangan ini dalam proses untuk bercerai dan pada 31 Ogos lalu, Noor Nabila telah mengesahkan bahawa beliau sudah memfailkan penceraian.

Hari ini, Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama sebenarya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor, 34, berbuat demikian selepas pelakon itu tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya.

Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 pada 27 Ogos lepas.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah beliau sudah melihat tuntutan yang diserahkan Noor Nabila pada 29 Ogos lepas, menjawab “ya”.

Ditanya hakim lagi adakah beliau setuju dengan tuntutan yang dikemukakan isterinya, pelakon itu menjawab “tidak setuju”.

Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya mengemukakan alasan antaranya tiada persefahaman dan mereka tinggal berasingan sejak Februari 2018 serta Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Wanita itu yang berpakaian serba hitam dalam tuntutannya juga berkata langkah-langkah telah diambil untuk mencapai pendamaian termasuk perbincangan  namun gagal menemui jalan penyelesaian.

Katanya Sharnaaz selaku defendan berterusan dengan sikapnya serta terdapat perbincangan melalui keluarga bagaimanapun ianya juga tidak berjaya.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya pihak defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.

Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz dan mahkamah menetapkan 30 Sept untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sharnaaz dan Noor Nabila yang merupakan kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.