Siakap Keli

Teringin Nak ‘Travel’ Tapi Ada Anak Kecil, Ikut Tips Ini Supaya Percutian Berbaloi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di sebalik kesibukan berkerja sepanjang tahun, dapat merehatkan minda bersama keluarga dengan melancong ke sesuatu destinasi merupakan perkara yang sangat dinanti-nantikan. Melancong bukan sahaja dapat memberikan kita pengalaman baru berada di tempat orang, malah boleh juga menambah kenalan terutamanya kenalan merentas negara.

Walau bagaimanapun, masyarakat kita sering dimomokkan bahawa aktiviti melancong sering dianggap sukar jika mempunyai anak kecil.

Namun begitu, ianya tidaklah seperti yang disangkakan. Seperti yang dikongsikan oleh seorang individu di Facebook, Adila Norliz Zaini, menceritakan pengalamannya membawa anak kecil menjelajahi negara luar tanpa masalah. Jom baca perkongsian dibawah.

[TIPS] NAK BAWA BABY TRAVEL? BAWA JERLAH, NO PROBLEM.

Pengalaman first time trip dengan dua anak, just a short trip to Gold Coast-Brisbane. Trip kali ni bawa 1 infant (Aminah; almost 3 months old) , 1 kid (Adrina; 3 years old), and my auntie. My auntie yang banyak melayan Adrina, so tanggungjawab sorang satu stroller.

Actually trip ni berenam, tapi bila susah sangat visa nak approve, jadi kami berempat sahaja. Sekarang susah sikit visa nak approve lagi lagi kalau lelaki bawah 30 tahun, muda belia yang kebanyakan suka sangat duduk sana lebih dari tempoh 3 bulan, then salah guna visa pelawat pergi bekerja. Haih.

Moral of the story kalau nak kerja luar tu, gunalah jalan yang benar, biar reti beza visa pelawat and visa bekerja supaya belakang hari tak susahkan orang lain.

Okay, ramai yang mintak Adila share tips bawa baby pergi travel, tak tau la layak ke nak share tips, cuma harap membantu la kalau korang nak travel with a baby since travel ni memang seronok tapi memenatkan, jadi kalau nak tunggu anak besar, korang plak dah tua, mula macam macam penyakit datang, so muda muda ni ada peluang travel, go and get the experience. Nak pergi haji/umrah pun better buat masa muda ni.

1. DESTINASI
Cuba jarak dekat dalam negeri dulu. Tak kisah lah naik apa pun, kereta, bas, plane, try jarak kelantan-kl, kedah-johor, mana mana yang dekat, supaya korang boleh tengok baby korang tahan ke tak dengan perjalanan yang jauh.

Aminah jenis dia tak merengek macam Adrina kalau perjalanan jauh, Adrina dulu dia umur 10 bulan baru berani bawa travel flight lebih 2 jam, jadi Aminah lulus untuk travel, mommy sahut cabaran 8 hours flight.

Pastikan jugak destinasi korang pergi tu baby friendly, kid friendly and stroller friendly, banyak betul friendly kan? Serious ni penting sebab kalau nak naik public transport buatnya tak stroller friendly jenuh korang nak angkat letak anak dalam stroller. Lagi-lagi kalau anak tengah tidur, maunya meraung kacau dorang tidur.

2. CUACA/MUSIM
Kalau baby and anak jenis tahan sejuk, boleh try pergi tempat cuaca tak panas, macam Australia sekarang hujung winter, taklah terlampau sejuk sangat just macam duduk dalam aircond spanjang masa, malam sejuk berangin tapi masa tu korang dah balik dari berjalan, so dalam apartment/hotel tak sejuk macam kat luar.

Tapi kalau baby jenis tak tahan sejuk, pilih destinasi yang hujung spring nak ke summer, so that cuaca tu anak kita boleh adapt. Korang mak mak mesti kenal anak korang tahan persekitaran macam mana. Choose wisely, google info lebih sikit, sebab kita tak selesa pandai cakap, baby dia meragam kita tak faham apa mereka nak.

3.FLIGHT TICKET
Ni penting jugak ni, kalau boleh ambik flight direct ke tempat destinasi korang tuju, jangan ambik flight transit, sebab risau kalau tunggu lama, kids mudah bosan, terasa penat sebab naik turun flight, mula dorang nak teriak, nak menjerit and buat perangai. Lepas tu try naik flight tgh malam, sebab time tu waktu dorang tidur, so tak sempat rasa bosan dah mengantuk, so tidurlah puas puas dalam flight, bangun nanti InshaAllah dah hampir sampai ke destinasi. Nanti bangun, dorang fresh, tak moody.

4. PARENTS ROOM
Sebab banyak jugak masa kena spend di parents room, parents room la tempat the kids nak main, nak menyusu and nak tukar lampin. So pastikan tempat korang nak pergi, parents room dimana mana. Aminah fully BF, so susu kebanyakan bagi on demand, bila nampak dia start gelisah boleh la prepare nak cari tempat menyusu.

Tapi kalau terjumpa parents room masa tengah berjalan tu singgah la bagi, nanti baby akan sambung tidur and korang pun boleh sambung berjalan.Baby tiga bulan boleh bertahan dua jam hingga tiga jam lebih kekenyangan setiap sesi penyusuan. Jadi dah boleh agak dia nak menyusu bila.

5. BAWA STROLLER / BABY SLING
Kelengkapan anak wajib la mana yang senang dengan korang, macam Adila tak suka baby sling, rasa macam lenguh bahu, belakang pikul bagpack, depan pikul anak, lenguh bahu berjam jalan camtu. Tapi ada setengah tak suka bawa stroller tu terpulang la, yang penting korang enjoy your trip, jangan stress.

Adila bawa Doona stroller untuk baby, sebab dah sekali dengan car seat, since Australia wajib pakai car seat, dah settle masalah car seat baby. Cuma just request one car seat la untuk Adrina kalau nak naik uber. Tapi kalau naik taxi tak wajib car seat, cuma taxi mahal la 20% dari uber. Doona a bit bulky tapi baby selesa sepanjang trip, tak kacau dia tidur, bila nak lipat, nak angkat masa dorang tidur.

Adrina pulak bawa stroller pockit GB, senang nak lipat, jimat simpan, jimat space. Budak besar Adrina tak duduk lama dalam stroller, kecuali bila dah penat and nak tidur.

Sebenarnya if nak travel nak guna gear yang macam rasa rugi beli, korang boleh sewa je. Sekarang banyak servis rental stroller semua ni. Harga pun berbaloi sewa dari beli.

6. SABAR
Kadang-kadang menguji kesabaran jugak bawak kecik-kecik ni, sebab kebanyakan korang kena ikut timing dorang, sebab ada banyak masa korang kena spend di parents room, masa untuk menyusu, kalau si kecik masa untuk makan. Dan ada masa dorang nak merengek, sama macam kat rumah jugak. After all, they are just kids. Maka bersabarlah. Istighfar banyak banyak, sebelum jadi momster. Hahaha.

7. EXTRA
Bawa pakaian sesuai, ubat-ubatan yang biasa digunakan, dan keperluan jika ada kecemasan. Paling penting, sila ambil insurans travel sebab kita tak tahu apa bakal berlaku.

Tu jelah tips untuk bawa baby travel. Tapi bawa baby kecil lagi best travel sebenarnya, sebab dorang senang dikawal berbanding yang dah pandai berlari, berjalan sebab kena kawalan lebih ketat, ye la kejap nak coklat, kejap nak berlari, kejap nak menjerit dan lain lain macam kelakuan masa kat rumah.

Jadi jangan expect anak akan good mood all the time, dorang bukan faham lagi pun. Harap tips ni berguna untuk parents yang nak travel tapi banyak benda duk fikir dan tangguh. Kids ni nampak je kecil, tapi sebenarnya dorang sangat kuat. Jangan pandang rendah okay.

So kids, next destination? Tapi next kena bawa daddy sekali la jugak, maybe Aminah dah pandai berjalan. Jenuh nak kepong dua little munchkins. Haha.

Sumber:  Adila Norliz Zaini

syafiq halim

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.