Siakap Keli
Gambar hiasan

Dipercayai Akibat Hisap Vape, Pemuda Kongsi Kajian Saintis, Gambar ”Scan” Kesan Yang Terjadi Pada Paru-Paru

Penggunaan vape atau rokok elektronik pada masa kini dilihat menjadi trend dan semakin berleluasa. Kebanyakan pengguna produk vape ini menggunakannya kerana ingin berhenti daripada menghisap rokok. Produk ini juga senang didapati di pasaran kerana permintaannya agak tinggi buat masa ini. Tidak dinafikan bahawa industri bagi produk ini juga semakin berkembang maju.

Terdapat pelbagai kes yang menyebabkan masalah kesihatan yang melibatkan produk ini telah dilaporkan di seluruh dunia. Sungguhpun begitu, kesan-kesan negatif yang terdapat pada produk ini masih lagi tidak boleh dibuktikan kerana ujian-ujian makmal berkenaan dengan produk ini masih lagi giat dijalankan.

Sebagai pengguna, kita seharusnya mengetahui akan kandungan di dalam sesuatu produk itu agar ianya tidak mendatangkan masalah pada diri kita di masa hadapan. Oleh sebab itu, seorang pengguna Twitter yang bernama Aush Abdul ini ada berkongsi tentang penemuan patologi berkenaan dengan penggunaan vape ini terhadap kesihatan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

2 hari yang lepas, the New England Journal of Medicine ada keluarkan article berkaitan dengan “Imaging of Vaping-Associated Lung Disease” di mana keempat-empat gambar ini merujuk kepada penemuan patologi yang adalah disebabkan oleh penggunaan vape.

Gambar: @aushabdul_

Antaranya:

  1. Eosinophilic pneumonia

    Gambar: Radiopaedia
  2. Diffuse alveolar damage

    Gambar hiasan
  3. Organizing pneumonia

    Gambar: ResearchGate
  4. Lipoid pneumonia

    Gambar: LearningRadiology

Apa yang perlu dirisaukan adalah kandungan didalam cecair vape itu sendiri. Kerana setiap dari cecair tersebut adalah dari pengeluar yang berbeza.

Nicotine adalah bahan toxic yang boleh meningkatkan tekanan darah, adrenaline, heart rate dan menyumbang kepada penyakit jantung.

Yang dikhuatiri adalah anak-anak muda yang tidak pernah merokok, dan mula untuk berjinak-jinak dengan e-cigarette ataupun vape.

Sumber: Aush Abdul

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.