Siakap Keli

Hilang Sejak 22 Tahun Lalu, Mayat Lelaki Ini Akhirnya Ditemui Dalam Aplikasi Google Maps

Mayat seorang lelaki yang didakwa hilang sejak 22 tahun lalu telah dijumpai selepas di kesan ketika penduduk dikawasan tersebut menggunakan aplikasi ‘Google Maps’.

Lelaki ini telah hilang sejak tahun 1997 ketika usia 40 tahun. Mangsa gagal pulang ketika menuju ke rumah selepas berada di kelab malam pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun, kes ini sudah ditutup selepas pencariannya hanya sia-sia.

Namun pada tahun ini, kes ini terpasa di buka semula ekoran penemuan mayat mangsa bersama keretanya di sebuah tasik berdekatan Moon Bay, Florida.

Menurut laporan daripada Charley Project, ‘kenderaan itu jelas kelihatan pada foto ketika menggunakan ‘Google Earth Satelite’ sejak tahun 2017 tetapi tiada sesiapa yang perasan kewujudan ‘kereta’ tersebut sehingga pada tahun 2019.

Kata Pegawai Polis, semasa awal kejadian ini berlaku tiada bukti yang mengatakan mangsa terjatuh di dalam kolam ini. Hanya baru-baru ini ketika air kolam mula surut, kelibat kereta ini jelas sekali.

“Anda tidak akan boleh menentukan apa yang berlaku bertahun-tahun semestinya tidak akan terjadi, walaupun sudah bertahun, ia mungkin akan berlaku” – Pegawai PolisĀ 

“Apa yang kita tahu, mangsa sudah hilang 22 tahun lalu, tetapi dijumpai pada hari ini. Ini sangat menakjubkan.”

Bagaimanapun, keluarga mangsa sudah diberitahui tentang mayat yang dijumpai tersebut.

 

Sumber: BBC News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)